Skip to main content

Mengenang Kembali...

Terimbau saat belajar di universiti dulu.

Fuhhhh...sudah berpuluh tahun berlalu. Sedar2 telah beberapa dekad ditinggalkan ke belakang. How time flies.

Zaman belajar di universiti dulu mengajar erti segala-galanya. Kesulitan, kepayahan, kegembiraan, kebahagiaan dan kesedihan semua ada. Pahit manis tu pendek kata semuanya dilalui. Semua itu menyumbang kepada kekuatan hati dan jiwa untuk menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan, di alam pekerjaan dan alam berumahtangga hinggalah ke saat ini.

Aduhhh...zaman dulu2 tu zaman awal 20-an...sungguh jauh berbeza dgn zaman sekarang..mungkin ada yang sudah 40-an dan mungkin juga sudah memasuki gerbang 50-an. Zaman belajar tu zaman membina kekuatan dalaman dan tahap keyakinan diri, juga tahap keberanian dan kematangan dalam berfikir dan bertindak. Aduhaiii, sudah namanya zaman membina dan membangunkan, makanya memang banyak lah jatuh bangunnya. Memang banyaklah saat tergolek dan tersungkur dan saat berusaha untuk bangun semula...perit pedih tu mmg lumrah.

Mengimbau kembali zaman di universiti dulu, dan bagaimana kehidupan di kampus yang dilalui penuh dengan cabaran onak dan duri. Semuanya ini bisa mencorak kehidupan masa kini. Bila dikenang kembali semuanya menjadi indah..walau perit walau pedih dulu pada saat ia dilalui, bila ia dikenang kembali ia menjadi manis dan indah untuk dikenang. Kita berpeluang untuk experienced pelbagai rasa masa tu dan semua itu menjadi benih kepada kekuatan hati dan jiwa masa kini.

Teringat a couple weeks ago, seorang sahabat lama yang jauh beratus batu menghubungi..sekadar bertanya kaba dan berbual seketika. Suatu ketika, berpuluh tahun lalu ia teman istimewa. Kini, setelah masa berlalu, semua itu tinggal kenangan dan sejarah lampau yang hadir sekadar mengisi ruang waktu yang dilalui saja. Tiada apa yang tinggal melainkan kenangan lampau sahaja. Buku masa lampau yang terkandung banyak perkara itu sudah lama ditutup. Sesekali kenangan bertamu, hanya sekadar selingan dan halwa kosong...

Apa yang tinggal kini hanyalah sejarah yang mengajar erti segala-galanya dan menjadi paksi kekuatan hati...itu lah sebenarnya kehidupan..apa jua yang datang itu takkan mungkin kekal kerana hidup kita sendiri juga tidak kekal. Akhirnya dunia ini juga akan kita tinggalkan.

Justeru, hargailah apa jua yang hadir dalam hidup kita kerana suatu waktu nanti ia akan pergi dan hilang daripada kita... Segalanya akan menjadi kenangan dan sejarah yang tidak mungkin berulang kembali.

Sekadar beromong kosong saja.

RZH





 

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...