Skip to main content

Di Ambang Rejab 1443...

Esok 1 Rejab 1443H Bersamaan dengan 3 Februari 2022.

Sama2 kita menyambut ketibaan bulan Rejab ini dengan penuh rasa tawaduk dan bersyukur kepada Allah kerana masih diketemukan dengan bulan Rejab ini dan insyaAllah selepasnya bulan Syakban dan Ramadan. Allahu. Ya, semua bulan adalah bulan yang baik di sisi Allah...usah difikirkan sangat tentang ketaksuban terhadap bulan2 tertentu..walau benar atau palsu, itu perkara kedua...perkara pertama dan utama adalah keinginan dan niat yang kita letak dalam diri bahawa, kita ingin menambahbaik dan meningkatkan amalan diri untuk mendapat pahala dan redha Allah. Tambah2 lagi disebut bulan Rejab ini adalah bulan persediaan untuk menghadapi Ramadan. Makanya, jom kita grab apa jua amalan baik untuk kita lakukan secara istiqomah.

Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan berpanjangan buat kita semua di dunia dan di akhirat. Moga jua Allah mengampunkan segala dosa2 kita yang lampau, yg sekarang juga yang akan datang. Allahu banyaknya dosa yang dilakukan oleh kita sebagai manusia. Semoga Allah menerima taubat kita dan menjadikan hati kita istiqomah.

Seorang sahabat mengirimkan bingkisan lewat petang tadi berkongsi tentang amalan2 baik yang sangat digalakkan untuk dilakukan pada bulan Rejab, selain bulan2 lain yang juga perlu kita lakukan secara istiqomah.

Bulan Rejab ini adalah bulan ketujuh dalam bulan Islam. Ia juga disebut sebagai bulan Mikraj kerana dalam bulan inilah berlakunya Israj dan Mikraj, di mana Nabi Muhammad SAW dijemput Allah naik ke langit...

Juga disebut bahawa Bulan Rejab ini juga adalah bulan persediaan sebelum menempuh bulan Ramadan. Kita digalakkan untuk banyakkan berpuasa, beristigfar, bersedekah, beristigfar dan berdoa, berselawat serta berzikir..dan sudah pasti juga melakukan amalan2 baik yang lain.

Banyak keistimewaan yang Allah sediakan untuk kita merebut peluang beramal secara maksimum dalam bulan ini. Sematkan dalam diri untuk sentiasa meningkatkan dan menambahbaik amalan kita pada setiap kali Rejab tiba (Bulan yang lain juga kena terus istiqomah) Usah biarkan bulan Rejab ini berlalu pergi begitu saja tanpa kita melatih diri untuk meraikannya dengan amalan2 sunah yang digalakkan. 

Pasang niat dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala pada mlm gerbang 1 Rejab ini. InsyaAllah, Allah pandukan kita untuk terus kuat untuk mengimarahkan amalan2 sepanjang bulan Rejab ini dan meneruskannya semasa Ramadan nanti. Semai rasa sayang kita untuk sama2 merebut peluang yang Allah sediakan.

Mulakan dengan berpuasa...berusaha untuk dapatkan sebanyak mungkin hari yang dapat kita berpuasa dalam bulan Rejab ini....beristigfar 1000 sehari..berdoa untuk mendapat keampunan Allah..jua beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat...Allahu izinkan hamba-Mu ini, juga mereka yang singgah ke blog anggerikdesa ini untuk berjaya melakukan amalan2 ini dan berikan kami untuk terus istiqomah...Amiin YRA.

Salam Hormat

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...