Skip to main content

Biskut Semperit Klasik...

Hmmmmm...

Bila teringat nak makan biskut semperit ni makanya kita buatlah. Kebetulan ada masa sikit due something yang tidak dapat dielakkan..jadi ada cukup masa untuk masuk dapur. Bagi mereka yang suka buat biskut raya, mmg membuat biskut ni sangat mudah, semesek jah ore kelate kata...tapi bagi yang tak suka buat kuih raya or tak berminat, maka sudah pasti la membuat biskut ni jadi payah.

Masa saya awal belasan tahun dulu memang jenis suka baking. Biskut semperit ni memang biskut wajib buat bila setiap kali raya tiba. Kalau dulu2 tu semperit klasik saja yang top. Masa tu belum ada lagi semperit susu. Biskut semperit ni memang ever green...tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Tetap mengungguli la pendek kata gak. 

Kalau ditanya kepada saya yang mana satu saya suka, of coz jawapannya semperit klasik ni banding dgn semperit susu. Tapi both ada kekuatan dan keunikan rasa yang tersendiri, terpulang kepada masing2 punya citarasa ya.

Skrg ni kuih2 raya ni tidak semestinya kita jumpa masa hari raya saja..hari2 biasa pun boleh dibuat...dekat kedai pun banyak dijual. Bila rasa teringin nak makan makanya kita buat atau beli saja. Cumanya kdg2 bila beli di kedai tak kena pula dengan selera kita, jadinya buat sendiri adalah lebih baik. Boleh terapi sekali bagi yang suka membaking...hehe.

Okey jom kita tgok resepi saya untuk semperit klasik ini.

Bahan2:
Sebuku butter (250g)
1/2 cawan gula icing/gula castor
1 biji kuning telor
1 cawan gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan kastard
1 sudu kecil essence vanila

Jika adunan masih lembik, boleh tambah satu dua sudu tepung gandum ya.

Cara2:

1. Pukul butter dan gula dengan spatula atau senduk kayu saja. Sampai sebati saja dan blh masuk kuning telur dan essence vanila. Tak perlu sampai kembang memadai sebati saja. Inj untuk mengelakkan biskut jadi kembang bila dibakar nanti.

2. Bila ketiga bahan dah sebati, boleh masukkan semua tepung, iaitu tepung jagung dan tepung kastard diikuti tepung ganduk secara sedikit2 dan gaul dengan tangan hingga sebati.

3. Bila semuanya sudah sebati, biarkan Seketika dalam 10-15 minit adunan. Tutup adunan ya supaya tidak cepat mengeras.

4. Kemudiannya boleh lah adunan diterap dengan acuan semperit. Letakkan ceri di atasnya.

5. Kuih semperit dibakar api atas bawah selama 15-20 minit pada suhu 150C.

Selamat mencuba...pasti sedap!

Saya kongsikan beberapa gambar biskut semperit ni.



RZH






Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...