Skip to main content

Nilai Sekeping Donut...

Mengopi dengan geng adalah perkara biasa yang semua orang lakukan. 

Teringat sembang santai dengan seorang sahabat tentang nilai sekeping Donut. 

Donut ni secara luarannya cantik dan gebu dipandang...tapi rasanya belum tentu sedap. Bahan2 yg terisi di dalamnya juga kita tidak pasti tahap bersih atau kotornya kerana terselindung di sebalik kecantikan dan kegebuan luaran sekeping donut itu. Yang kita tahu "ngap" aje bila ianya terhidang elok di meja. Tak nampak dah keburukan terselindung di sebalik keelokkan. Bila dah sakit perut nanti baru kita tahu yang kandungan donut tu tak capai standard ataupun piawaian sebagai adunan doh yang berkualiti.

Sifat donut ni ada tekstur kosong di dalamnya...tak mungkin donut itu padu sebab jika ia padu makanya teksturnya padat dan tak gebu lembut la rasa donut tu.

Nilai sekeping donut ni kalau di warung2 tepi jalan dalam 50 sen sebiji. Dan jika di cafe2 mungkin antara RM10 hingga RM15. 

Tertanya di hati, mungkinkah sesuatu yang sifatnya hanya nampak indah, baik dan nampak oustanding ni boleh diumpamakan sekeping donut jalanan yang hebat pada pandangan luarannya tapi di sebaliknya punyai nilai yang sangat murah.

Berbisik juga kepada diri, mutakhir ini ramai yang cenderung memilih sesuatu yang murah nilainya berbanding kualitinya

Cuma yang menjadi persoalannya, benda yang murah nilainya ni bolehkah bertahan lama..bertahan ataupun tidak terpulang la bagaimana ianya diadun untuk menjamin ketahanannya. Cuma kalau ikut gholiknya benda yang murah ni cepat rosak dan cepat dibuang orang...itu hanya daripada gholiknya...daripada segi realiti, hanya Allah jua yang maha mengetahui...

Wallahua'lam.

#SukaMakanDonutDiRichiamo
#SukaDonutDiWarungTepiJalan



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...