Skip to main content

Vitamin Diri Yang Sangat Hebat...

Sesuatu yang tidak perlu diberikan jawapan, maka biarlah ia terus berlalu tanpa jawapan sehingga akhirnya ia hilang dan berlalu pergi dari ingatan. Serah sebulatnya kepada Allah...Allah maha tahu dan maha mentadbir dan mengatur...Ya Allah Ya Bariq.

Jika itu yang terbaik maka akur begitu. Semua yang Allah susun dan atur adalah yang terbaik. Bila kita redha dan berlapang dada, maka insyaAllah laluan kita mudah dan lancar. Jika kita perlu mengorbankan perasaan kita sendiri demi mencari redha Allah, maka lakukan lah..perit di permulaan itu pasti...bertahan lah. Allah tahu apa yang kita lalui...serah pada Dia. Allah tahu untuk menyusunnya. Akhirnya alah bisa tegar biasa. InsyaAllah.

Latih diri untuk berdamai dengan rasa. Rasa itu datang silih berganti dan hidup kita..pahit dan manis itu lumrah. Jika pahit maka itu penawar dan jika manis maka itu pengubat. Kedua-duanya adalah indah jika kita berdamai dengan keduanya. Gabungan kedua-duanya adalah penguat kepada diri.

Indah sangat rupanya kehidupan ini bila kita "melihat" dalam dimensi yang lebih luas. Kita akan sedar bahawa segala sesuatu yang berlaku itu ada sebab musabab dan hikmahnya. Jadi, kita telah menyediakan mental, emosi, dan fizikal yang kuat untuk menghadapinya...dalam erti kata lain kita sentiasa bersedia.

Hari-hari yang dilalui sangat tenang dan damai bila kita sentiasa sedar akan Keesaan Allah. Allah itu satu. Segala apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Makanya mengapa hati kita perlu gundah gulana kepada sesuatu yang kita tahu sama ada terjadi atau tidak hanyalah dengan keizinan-Nya.

Jika di situ keyakinan dan iman kita paterikan, maka hati akan sentiasa tenang dan damai. Apa lagi yang kita harapkan dalam kehidupan yang di penghujungnya selain daripada tenang dan damai...dan dijemput untuk kembali ke kampung abadi dalam keadaan Husnul Khotimah.

Buka hati dan minda kita seluasnya kepada keperluan vitamin diri yang sangat hebat...istigfar, selawat, bertasbih, bertahmid, dan bertakbir, yang akan menjadi kekuatan kepada jiwa kita. Jangan tinggalkan...lakukan setiap masa, malah pertingkatkan dan perbanyakkan. Jika kita ingin minda dan hati kita sentiasa dalam mode "bersedia" selalu atas apa jua yang mendatang, maka inilah vitaminnya.

Istigfar 100x setiap solat

1 hari kita dapat atleast 500

Selawat 100x setiap solat

1 hari kita dapat atleast 500

Ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar adalah wirid wajib kita selepas setiap kali solat..sebutlah sebanyaknya selepas solat juga pada waktu lain seperti waktu kita memandu dan waktu kita menunggu dan waktu-waktu lain. Boleh sebutan di mulut juga sebutan di hati mengikut kesesuaian situasi kita saat itu.

Lakukan secara istiqomah. InsyaAllah keajaibannya nanti akan kita rasai. Percaya dan yakin lah.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...