Skip to main content

Beke Kelate (Bingka Pandan)

 

Hari minggu kembali lagi.
Recharge Diri Audit Diri.
Masak2😀

Bangun awal pagi teringat kuih Beke hok mek (bonda saya) buat di kapung (Beke ni sebutan ore kelate merujuk kepada Bingka). Beke mek memang sedap sangat. Di kampung mek bakar ikut cara orang lama betul, bakar guna acuan tembaga dengan bara sabut. Itu yang kuih bingka ni jadi lebih sedap rasanya...asap api daripada bara tu penyedap rasa juga sebenarnya.

Masa proses membakar, bara sabut ni, ia diletakkan atas dan bawah. Sempat saya dok tengok cara orang tua dulu2 buat. Daya tahan kena kuat betul masa proses membakar ni sebab kawasan tungku api tu memang panas la dengan sabut merah menyala membara tu..walau rumit sikit proses membakarnya tapi hasilnya memang terbaik. Sangat sedap beke yang dibakar guna bara api ni....seronok menengok proses membuatnya. 

Kembali pada kuih ni, makanya pagi ni saya buat yang mudah saja...bakar dalam oven. Asalnya nak bakar di Air Fryer...tapi bekas tak muat la pulok nak masuk dlm air fryer tu. Jadi tukar plan masuk oven. Bakar dalam setengah jam, maka siap!

Sedap la pulak rasanya..garing di luar dan lembut di dalam...pekena dengan coffee di awal pagi...mungkin sebab lama tak makan yang buat sendiri. Buat sendiri ni kita blh setkan lemak manisnya..letak santan lebih dan blh guna original pandan....aroma daun pandan memang menambahkan kesedapan kuih kita. Saya langsung tak masukkan pewarna tambahan. Sudah cukup dengan warna asli yang dihasilkan daripada beberapa helai pandan yang digunakan. Saya juga tak masukkan bijan sebab tak ada, malas nak keluar ke kedai, jadinya buat apa yang ada sahaja. Lagipun saya tak suka sangat kuih bingka yang ada bijan ni.

Bagi yang ingin mencuba, saya kongsikan resepinya di sini:

Bahan-bahan:
1. Gandum 1 cawan
2. Gula setengah cawan (boleh lebihkan lagi satu sudu)
3. Telur 3 biji
4. Santan satu cawan dan lebihkan 1/4 cawan lagi
5. Garam setengah sudu teh (garam ni untuk membangkitkan rasa lemak2 pada kuih)
6. Air daun pandan 1 cawan (4 helai daun pandan diblend dgn satu cawan air)
Bijan (Biji lenga) jika suka. Saya tak letak sebab kebetulan tak ada. Biji lenga ni ditabur di permukaan loyang sebelum adunan dituang. Selepas dibakar 10 minit boleh tabur sekali lagi atas adunan.

Cara-cara:
Blend semua bahan tadi. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven api atas bawah selama 30-35 minit. 20 minit pertama suhu 150 C dan 15 minit terakhir suhu 180 C.



Hidangan ni dapat dalam 10 potong. Boleh dinikmati oleh 4-5 orang.

Selamat mencuba!

anggerikdesa


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...