Skip to main content

Dunia ini sementara...

Seminggu berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik...hari ni dah Jumaat rupanya. Baru semalam memasuki minggu ini....rupanya hari ni sudah bertemu Jumaat. Allahuakbar...

Hari ni masih BDR..hari ke-18 BDR selepas total lockdown bermula pada 1 Jun 2021. Dalam tempoh 18 hari ni ada turun ke ofis untuk urgent matters. Selebihnya tu berada di rumah dengan kekerapan meeting seperti bekerja di ofis.

Seawal pagi bersiap2 seperti biasa. Sempat breakfast dgn Mr. Husband...rutin biasa sebelum masing2 "memasuki ruang kerja maya".

Janji temu hari ni dengan kursus dalaman buat staf dengan tajuk "Hati Yang Bekerja, Jiwa Yang Harmoni". Tugas menyampaikan talk ini kami berikan kepada penceramah luar dengan sedikit bayaran saguhati. Selama 3 jam bersama di dalam talian, banyak ilmu yang dituntut..alhamdulillah.

Semoga ilmu yang diperoleh ini diberkati Allah dan dapat diamalkan untuk kebaikan diri sendiri, rakan sepasukan dan organisasi.

Salah satu ilmu yang disentuh oleh penceramah adalah tentang "garis masa". Ya, garis masa kehidupan kita. Kehidupan kita ini bermula dengan bayi, melalui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa, dan seterusnya warga emas dan akhirnya kita kembali ke alam kekal abadi.

Hidup ini begitu lah...peredaran masa yang pantas sama ada kita sedar atau tidak, diri kita mengalami evolusi kepada fasa-fasa kehidupan yang disebut di atas. 

Semasa bayi, kita lahir tanpa kita mengerti apa-apa. Selepas itu kita mula membesar dan mula mengenali dan memahami apa itu suka dan duka, bahagia derita, perit pedih asam garam dalam kehidupan. Semua ini mematangkan kita dan lebih mendekatkan kita dengan Allah.

Kembali kepada fitrah kejadian manusia, kita adalah makhluk Allah yang Allah jadikan di atas muka bumi ini untuk menjalankan semua perintah Allah. 

Justeru, laksanakanlah peranan dan tanggungjawab kita dengan sebaiknya berpandukan Quran dan Hadis. Jika kita terbabas kembali semula ke landasan. Sebagai manusia sudah pasti kita banyak melakukan kesilapan. Apa yang penting adalah kesedaran dan keinsafan dan memohon ampun atas segala dosa2 kita.

Jangan kita terleka dan terbuai dengan "buaian dunia" sehingga kita terlupa bahawa apa jua yang kita miliki ini adalah milik Allah. Tiada satupun milik kita. Bila Allah datang mengambilnya...tiada apa yang kita bawa bersama kecuali amalan kebaikan kita.

Allahuakbar...semoga Allah sentiasa mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan ini agar kita sentiasa ingat bahawa dunia tempat kita berada ini ada Penciptanya. Kita sentiada diperhatikan Allah atas setiap perbuatan kita. 

Salam Hormat.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...