Skip to main content

Empat Golongan Yang Dijadikan Tauladan...

Malam ini ingin berkongsi berkaitan tajuk yang dinyatakan ini. Selepas selesai mengadap laptop ni menyelesaikan kerja-kerja ofis dan persiapan untuk meeting di awal pagi esok, rasanya macam tidak lengkap jika tidak "say hi" dulu ke sini sebelum menutup laptop ni, makanya menjenguk lah sekejap ke blog sekadar menitipkan tulisan ringkas walaupun badan sebenarnya sudah memberi signal sudah penat.

Sekadar berbincara berkaitan empat golongan manusia yang disebut oleh Rasulullah SAW yang tidak tersentuh oleh api neraka. Justeru itu, empat golongan ini boleh dijadikan tauladan dan sama-sama kita berusaha untuk memiliki sifat sebegini dalam hidup:

1. Hayyin
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan diri lahir dan batin. orang ini tidak mudah memaki dan melaknat.

2. Layyin
Orang yang lembut dan baik santunannya dalam bertutur kata dan tidak bersikap kasar.

3. Sahl
Orang yang tidak mempersulitkan urusan bahkan mempermudahkan segala sesuatu, dan selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan. Orang yang mudah dan tidak berbelit-belit pusingnya.

4. Qarib
Orang yang bersifat tawaduk dan rendah hati, menyenangkan dan mendamaikan orang yang berurusan dengannya. Bila berbicara menyejukkan hati. 

Sama-sama kita berdoa agar kita tergolong dalam golongan manusia yang disebut oleh Rasulullah SAW ini. Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak sempurna...namun sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menambah baik diri untuk mendapatkan sifat empat golongan yang dinyatakan ini. InsyaAllah.

Semoga Allah terus memelihara hati kita agar sentiasa menjadi orang yang baik, beriman dan bertakwa selalu kepada-Nya. Amiin.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...