Skip to main content

Nostalgia Di Sebalik Kek Sarang Semut...

 





NOSTALGIA

Rahsia Tersimpan Di Sebalik Kek Sarang Semut

Kek sarang semut ni bukan sekadar kek pada saya. Ia banyak menyimpan memori kenangan suka duka saya di zaman kanak2 dan awal belasan tahun. Sejak kecil memang saya obses dengan dunia masakan...Memang jenis suka masak. Segala rasa gembira, kecewa, stress saya "benamkan" dalam masakan saya...memasak itu lah menjadi terapi dan pengubat.

Kek sarang semut ni lah antara kek yang memang saya selalu buat...dua tiga kali seminggu tu mmg wajib buat. Tapi kini dah berpuluh tahun saya tidak membuatnya...sudah pasti ada sebabnya yang sangat nostalgic buat saya.

Kek sarang semut ni, ia  menjadi bila teksturnya kenyal, berkilat dan berlubang2 cantik mcm sarang semut tu.
Hari ni saya membuatnya..tapi tak jadi spt tekstur tu...sedap tu sedap tapi standard teksturnya tak sampai😅. Kilatnya tak ada langsung...Allah😥...Makanya failed la. Bila dah lama sgt tak buat,  skill nya juga sudah hilang..umpama org baru nak bertatih balik. Walaupun tak menjadi..saya letak juga la di blog saya ni...saja buat kenangan kali pertama saya membuatnya setelah berpuluh tahun hanya meletakkannya dalam lipatan kenangan...

Ingat lagi masa mula2 belajar buat kek ni dengan ummi. Ummi buat dulu kali pertama dan saya bantu apa yang perlu sambil saya tengok step by step cara ummi membuatnya. Selepas tu saya akan buat sendiri..ulang dan ulang buat sehingga saya mahir dan berpuas hati dengan kek yang saya hasilkan.

Sehingga kini resepi ummi ini ada dalam buku catatan resepi saya. Buku resepi ni buku yang saya buat sejak kecil. Sehingga skrg masih dalam simpanan saya...sudah hampir 40 tahun usianya...sangat mahal nilai Buku Resipi ini buat saya..ia bukan sekadar buku resepi....jiwa dan semangat saya bersemadi sekali dlm nya. Tkasih banyak mek dan ummi, banyak mengajar saya dan memberi tips dalam hal masak-memasak ni.

Sekadar bicara hati,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...