Skip to main content

Recharge Diri Di Hujung Minggu...

Salam hujung minggu buat semua. Hari minggu ni kena santai2 dan recharge diri. Terus istiqomah dan positif selalu...

Tak usah dok fikir dan mereka2 di fikiran kita benda yang "jauh ke depan sangat" kita fikir yg current dulu dan fikir semuanya mudah....rugi kalau energy kita keluar sia2 dgn gelombang negatif yang singgah sebab kita dok fikir jauh sangat...itu rumit ini rumit...maka rumit la semuanya.

Jangan complicatedkan hidup kita. Permudahkan dan fikir mudah. Bila kita fikir mudah, insyaAllah mudah. Tips Senang untuk fikir mudah adalah sentiasa set di fikiran kita, semua ini di bawah Tadbir yang Maha Kuasa. Pasti ada sebab dan musababnya..pasti ada hikmahnya..jika kita redha dan berlapang dada..insyaAllah yang baik2 saja Allah janjikan. Jika kita gundah gulana dan cepat melatah...kita akan lebih berserabut dan tidak tenang. Justeru, kita perlu bijak memilih apa yang baik untuk kita...

Sudah pasti kita semua inginkan rasa tenang dan bahagia kan...makanya pilih lah untuk redha dan berlapang dada..jika ujian yang Allah datangkan itu pedih dan perit untuk kita, maka terus redha dan bersyukur lah kerana Allah masih sayangkan kita..jika yang baik2 yang Allah datangkan kepada kita, maka tingkatkan lagi rasa kesyukuran kita supaya Allah terus memberikan kita yang baik2 jua. 

Jadinya, latih diri untuk terus positif selalu...😀 jangan risau dan gundah gulana. Kerisauan dan kegelisahan yang berpanjangan sangat tidak bagus untuk biologi badan kita. Untuk kekal sihat dan bahagia kita perlu tenang dan happy selalu.

Benda kecik2 tu anggap sebagai angin lalu saja. Singgah dan menyapa sekejap saja dan selepas itu ia akan berlalu pergi umpama debu2 yang bertiup....selepas berterbangan akan lenyap di pandangan mata.

Hidup kita ini mesti dilihat dari sudut pandangan Pencipta. Bagaimana?..

Semua urusan hidup kita ini, tadbirkan lah dengan meletakkan hukum Allah di depan. Justeru, tingkat iman dan takwa kita yang memainkan peranan. Kita mengakui bahawa kita beriman kepada Allah...makanya segala perbuatan kita perlulah dilaksanakan berpaksi kepada Al-Quran dan Sunnah...

Jom sama-sama kita....


Sekadar titipan santai,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...