Skip to main content

Salam 4 Syawal...

4 Syawal 1442H

Hari ni hari keempat Syawal. Baru sempat menjenguk ke blog. Walau raya PKP, kesibukan di dapur seperti biasa. Cuma berbezanya tidak banyak menu yang dimasak. Tiada tetamu di hari raya atas pematuhan kepada SOP. Seluruh negara kena beraya di rumah masing2 saja. Justeru hanya masak dua menu utama saja untuk juadah seisi keluarga dan hulur kepada jiran2 satu lorong.

Pejam celik pejam celik dah empat Syawal rupanya. Baru semalam rasanya 1 Syawal dok kalut memasak rendang daging dan kuah kacang nasi himpit. Hari ni dah hari keempat...Allah cepat sungguh la masa beredar.

Teringat arwah nenek dulu selalu sebut tentang masa ni. Kata arwah nenek, bila makin dekat dengan kiamat, waktu akan menjadi lebih singkat. Arwah nenek selalu sebut ini pada cucu-cucunya sesambil dia dok gobek sirihnya...

Sambil dok cakap macam tu arwah akan pandang ke langit tempat matahari naik..kebetulan menghala ke depan tempat kami bersembang di pangkin (ore kelate panggil gere). Kata arwah nenek "tengok tu" sambil jarinya menunjuk kepada matahari yang sedang memancar..."dah senget banyak dah ttari nya" kata arwah nenek. "dulu masa wo muda2, ttari ni naik tegak kat depan dan jatuhnya ke belakang"..."tapi sekarang ni dah senget dan menyerong jatuhnya" tambah arwah nenek lagi. Saya mendengar dengan khusyuk...hingga kini masih jelas di pendengaran saya kata2 arwah wo walau telah 40 tahun berlalu...MasyaAllah.

Pada setiap kali Ramadan menutup tirai...ingatan dan pemikiran saya akan sentiasa menumpu kepada keadaan "kehidupan" nenek moyang dan saudara mara yang telah berada di alam "sana". Berada di sisi Allah Azawajalla. Semoga semua roh arwah nenek moyang dan saudara mara yang telah dijemput awal tenang dan damai di sisi Allah. Al-Fatihah buat semuanya...

Kembali kepada menu di pagi Syawal. Hanya dua menu sahaja yang saya sediakan, iaitu rendang daging dan nasi himpit kuah kacang. Kedua-dua menu ni adalah menu wajib. Kuah kacang tu memang resepi turun-temurun arwah nenek dan diteruskan pula oleh mak saya. Special rasanya. Kedua-dua menu ni dimasak sehari sebelum raya. Manakala awal pagi raya tu saya tambahkan dengan spageti bolognese, kegemaran anak2.

Kami beraya seadanya saja dan bersederhana. Raya PKP tu satu hal, ditambah pula dengan perkembangan terkini di Gaza...Allahu sedih rasanya memikirkan keadaan umat Islam di sana. Semoga Allah lindungi semuanya.

Walau dalam penuh bersederhana, Syawal tetap diraikan dengan penuh kesyukuran. Meraikan kemenangan dalam menjalani puasa dan ibadah terawih selama sebulan di bulan Ramadan. Juga ibadah2 lain seperti membaca Quran dan bersedekah. Semoga Allah menerima dan memberkati segala amalan kita. Amiin.

Sebelah awal pagi, solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga. Diikuti dengan makan2 bersama dan seterusnya bergambar famili...simple photoshoot di dalam dan di luar rumah sebagai kenangan raya famili. Saja2 isi masa yang ada saja...nak bertandang dan menerima tetamu dah memang tak boleh, makanya kena kreatif la mengisi masa yang ada.

Raya kedua pula buat kari ayam dan roti jala sebagai juadah 2 Syawal. Anak req roti jala ni untuk sesambil dia nak bawakan kepada kawan2 di kolejnya yang tidak dapat balik beraya. 

Raya keduanya di sebelah petang buat juga sekali lagi photoshoot ringkas famili dengan tema smart casual. Saja la buat  aktiviti bergambar ni sesambil mengisi masa. Gambar2 tu pula nanti boleh menjadi kenangan beraya dalam PKP...Raya PKP ni bermaksud beraya di rumah sendiri sahaja dan tidak boleh berkunjung dan berziarah, juga pematuhan kepada SOP ditetapkan.

Demikianlah sekadar coretan aktiviti di Aidilfitri yang bermula dengan solat sunat aidilfitri bersama keluarga, makan2, bergambar, bervideo call dengan mak ayah dan adik-beradik yang berada di kampung dan di perantauan, dan lepas tu aktiviti dok pergi mari pergi mari dalam rumah dan luar rumah...😅

Sama2 kita berdoa agar pandemik ini cepat berlalu dan semoga rutin kehidupan kita semua dapat kembali seperti normal. Semoga kita semua juga terus Allah jaga dan lindungi. Banyakkan berdoa, berzikir dan bertaubat atas segala dosa2 kita kerana semua ujian yang Allah datangkan ini adalah kerana perbuatan manusia juga. Allah ingin mengingatkan kita supaya sentiasa sedar dan menginsafi diri dan jangan terus melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini. Allah sayangkan kita...kerana itu Allah berikan ujian sebagai peringatan.

Allahua'lam.

Salam Hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...