Penulis Buku Motivasi & Kepimpinan
8 CIRI PERSONALITI INDIVIDU YANG KARISMATIK
Antara ciri-ciri personaliti yang membuatkan seseorang itu dipandang karismatik:
1. Air muka mereka dipandang manis.
2. Mereka pandai memilih kata-kata yang orang sekeliling suka mendengarnya.
3. Mereka mudah memberikan senyuman dari hati. Sebelum orang senyum, mereka sudah senyum lebih dahulu.
4. Mereka pandai membuat sesiapa sahaja berasa selesa apabila berada di depannya, walaupun belum saling kenal mengenali, walaupun ada jurang status yang lebar.
5. Mereka pandai berkawan dengan semua jenis orang. Mereka sangat bertoleransi dan menghormati perbezaan pendapat, sudut pandangan, dan prinsip.
6. Mereka pandai mempengaruhi orang supaya menerima dirinya dan pendapatnya, serta mendapatkan sokongan dan kerjasama mereka.
7. Mereka pandai memimpin orang. Mereka pandai mencari peminat, pengikut, penyokong, dan pendukung.
8. Mereka pandai bekerjasama dengan orang-orang lain, meskipun dengan pihak-pihak yang tidak sealiran.
Karisma adalah unsur yang ada pada personaliti seseorang itu. Jadi, bukan diri fizikal orang itu yang menarik, yakni bukan wajahnya yang cantik ataupun tampan, bukan tubuhnya yang tinggi dan lampai, sebaliknya personaliti orang itu yang menarik.
.
Comments
Post a Comment