Skip to main content

Kawalan Minda Kunci Utama...

Allah...pengalaman hari kedua... Alhamdulillah better than the first day.

Takut dan trauma mengenangkan semalam, maka hari ni kena buat sesuatu.  Justeru, kena paksa diri untuk "berdamai dengan situasi"..walaupun perit dan sukar, tukar yang perit itu jadi mudah melalui kawalan minda.

Prinsip mudah sebenarnya untuk dipraktikkan dalam diri....makanya perlu buat sebab tak sanggup berhadapan dengan apa yang perlu dilalui dan bakal dilalui. 

Justeru, diri dipujuk agar bila berhadapan dengan sesuatu yang perit...buka minda dengan selapang-lapangnya, set minda bahawa ianya mudah makanya minda kita mendengar arahan yang sampai bahawa ianya mudah...jangan ketatkan fikiran dan jangan act mcm kita terpaksa tapi act macam kita happy dan kita meraikan...insyaAllah semuanya mudah.

Jika sesuatu perkara yang kita memang tiada pilihan untuk lari...makanya berdamailah dengan situasi itu...rasa trauma, perit, takut, bimbang dan cemas tolak tepi...buang jauh2 supaya tiada di pandangan.

Dalam situasi begini, konsep NLP juga sangat membantu. Bayangkan di fikiran kita bahawa apa yang perlu kita ambil tu adalah menu yang kita suka..apa saja la yang kita suka...rasanya pun bayangkan sedap...setiap kali kena ambil setkan di fikiran bahawa ianya sedap sebab makanan pilihan kita...bayangan di minda memang sangat membantu dalam memberikan kesan psikologi yang baik kepada diri kita.

Alhamdulillah, hari kedua ni melaluinya dalam keadaan yang lebih baik daripada hari pertama semalam. Allah izinkan dan permudahkan setiap doa yang hamba-Nya panjatkan. Jangan berhenti berdoa..jangan berputus asa...pasti ada sinarnya.

Padamkan stigma yang mengatakan ianya memualkan, meloyakan, memeningkan, meletihkan dan sebagainya lagi yang melemahkan badan kita. Kawal dengan minda semua perasaan itu...lalui seperti biasa seakan apa yang diambil itu adalah sepotong kuih yang sedap...

InsyaAllah...jika minda kita kuat, kita akan mampu mengawal segala apa yang berlaku kepada tubuh badan kita, maka semuanya akan menjadi biasa. Buang perasaan risau dan bimbang...itu tips paling utama.

Sekadar bicara santai,
RZH
12 Mac 2021



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...