Skip to main content

Roti Kukus Ala Kelate (Pau Kacang)


Roti kukus ni adalah kuih yang selalu mak saya buat. Memang sangat sedap roti kukus mak saya. Selalunya mak saya suka guna inti kelapa. Pada saya inti kelapa ni lagi sedap pada inti kacang, tapi terpulang kepada taste masing2 juga. Cumanya kalau inti kelapa mak saya memang special sikit, rasanya lain dari yang lain. Itu yang saya kata special.

Hari ni saya teringat nak makan. Jadinya saya buat, tapi menggunakan inti kacang  yang dah siap beli kat kedai bakery. Tak larat sangat nak buat inti daripada kelapa. Makanya inti kacang pun on juga lah. Saya tak pandai sgt buat roti ni tapi untuk makan keluarga boley la.

Kalau berminat untuk buat inti kelapa, saya share juga di sini secara ringkas. Inti kelapa ni kita kena masak dulu. Kena kacau atas api sehingga agak basah2 kering gitu. Air gula masakkan dulu. Bila dah menggelegak, masukkan kelapa parut yang putih saja. Minta tuan kedai jangan parut sehingga ke selaput hitam tu. Kalau boleh guna kelapa yang muda. Kalau di kampung banyak kelapa muda, tapi kalau kat kedai kena ikut nasib2 juga la kan...kadang2 susah dapat. Masukkan simpulan daun pandan. Kacau dalam 20 minit dan lepas tu masukkan pewarna hijau epal sikit dan satu dua bunga cengkih untuk naikkan aroma sedapnya.

Jom kita tengok bahan-bahannya:
1. Tepung Pau atau gandum 1 kg
2. Yis Mauripan satu paket yang biasa tu.
3. Gula dua sudu besar (campur dengan yis)
4. Gula castor dua sudu besar campur dalam tepung
5. Telur sebiji
6. Garam setengah sudu kecil
7. Susu cair/fresh milk 3/4 cawan
8. Butter/margerin 4 sudu besar
9. Minyak jagung/minyak masak setengah cawan.
10. Air suam setengah mug
11. Air biasa satu mug.
12. Setengah sudu besar baking powder
13. Satu sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:
1. Rendamkan dulu yis dengan gula dalam setengah mug air suam. Kacau sebati dan biarkan hingga berbuih (dalam 5 minit)
2. Campurkan yis dan semua bahan kecuali butter dalam tepung pau.
2. Uli hingga sebati dalam 10 minit. Kemudian boleh masukkan butter dan uli hingga lembut tak melekat di tangan dalam 20 minit.
3. Tutup doh dengan kain basah atau masukkan dalam tupperware besar bertutup dalam 50 minit. Doh akan naik dua kali ganda.
4. Selepas 50 minit dan doh dah naik cantik, tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin/gelembung udara. Boleh uli sekejap dlm lima minit.
5. Kemudiannya boleh terus dibulat2 kecil untuk saiz roti yang dikehendaki. Masukkan inti kacang di dalamnya dan biarkan kembang dalam 20-30 minit, barulah dikukus selama 5-7 minit. Jangan kukus lama nanti rotinya keras.

Maka siap lah roti kita dan boleh dihidangkan untuk seisi keluarga juga dihulurkan juga kepada jiran2 sebagai juadah minum petang. 

Selamat mencuba!







Salam Hormat,
RZH
13 Mac 2021


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...