Skip to main content

Hindari 1001 Persoalan dengan Sikap yang Baik...

Melayani rasa ketidakpuasan hati dan 1001 persoalan yang hadir dalam benak fikiran memang akan memenatkan kita. 1001 persoalan yang ada takkan mungkin mampu diberikan jawapan. Pastinya tidak kan ditemui noktah kepada rasa tidak puas hati dan persoalan, kerana keduanya ini bersifat dinamik dan bukan statik.

Mengapa agaknya ada rasa tidak puas hati dan persoalan?

Kerana setiap apa yang berlaku takkan mungkin hundred percent menemukan titik pertemuan dan fikiran yang sama. Setiap orang akan ada cara pemikiran dan kecenderungan masing-masing. Jadi, sudah pasti dalam setiap komunikasi yang berlaku akan ada rasa tidak puas hati yang mewujudkan persoalan dalam fikiran kita.

Kewujudan rasa tidak puas hati dan persoalan dalam diri seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya  faktor sikap dan faktor keimanan kita kepada Allah.

Sikap dan pembawakan kita yang jenis keras hati, ego, tidak boleh menerima teguran, negative thinking, mudah sentap, berlagak pandai, tidak tahu menghormati orang lain, dan tidak tahu menghormati pandangan orang lain adalah antara punca yang menjadikan kita tidak berpuashati. Akhirnya kita jadi resah dan tidak tenang dek kerana muncul di benak fikiran 1001 macam persoalan. Sudah pasti memang sesak!

Faktor keimanan kita kepada Allah juga adalah antara punca persoalan demi persoalan mengganggu di fikiran. Jika tahap iman kita tinggi, kita tidak mungkin melayan segala bentuk tuntutan dunia yang berlebihan, contohnya berdebat sampai bergaduh dan bermasam muka, merasa sangat down sehingga terlupa bahawa apa yang terjadi itu sudah Allah takdirkan begitu. Kita sepatutnya bersyukur dan terus redha dan berlapang dada dengan ujian Allah kerana tahap iman kita akan menjadikan kita yakin bahawa selepas setiap hujan, akan ada pelangi yang Allah hadirkan. Kita yakin bahawa ada hikmah Allah di sebalik ujian menimpa.

Dalam menjalani kehidupan ini, belajar lah mengenepikan dan membuang terus segala bentuk persoalan yang memberikan kesan yang negatif kepada kita dan orang sekeliling kita. Amalkan lah gaya hidup yang baik dengan menjauhkan sikap berdendam, mengkhianati orang, mengambil kesempatan terhadap orang lain, dan berniat tidak baik kepada orang lain. Biarlah kita sentiasa hidup dalam sikap yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita perlu faham konsep bahawa kita semua ini sama saja di sisi Allah...yang berbeza hanyalah tingkat amalan kita.

Bentuk lah kehidupan harmoni di jalan yang Allah redhai. Sentiasa muhasabah diri dan ingat selalu bahawa semua apa yang berlaku dalam dunia ini adalah bersifat sementara, jadi tidak perlu kita terlalu mementingkan keduniaan sehingga melampaui batas2 kehidupan yang dituntut oleh Allah yang akhirnya membawa kepada porak peranda, pecah belah dan kemusnahan. Hanya kerugian semata-mata.

Justeru, sama-sama kita panjatkan doa secara istiqomah kepada Allah agar memberikan kita hati yang baik kerana kebaikan dari dalam akan membentuk sikap dan pembawakan kita yang baik yang akan memberikan bahagia kepada kita dan kebahagiaan buat semua orang di sekeliling kita. InsyaAllah.

Salam bicara santai,
RZH
2 Mac 2021
 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...