Skip to main content

Ilmu dan akal fikiran juga karakter diri...

Kadang-kadang cuba untuk menyelami dan meletakkan empati tinggi dalam diri dengan cuba meletakkan diri dalam "kasut" orang lain untuk memahami situasi tertentu, namun jawapan masih kabur.

Terfikir bahawa kita ni sudah betul-betul di akhir zaman. Dunia akhir zaman ni katanya memang semua kejadian dan perkara yang pelik2 akan berlaku. Memang betul! Hmmm..sehinggakan sesuatu yang berlaku tu, tahap peliknya tu sampai tahap kita rasa tak dapat nak fikir logiknya, kewajarannya di mana, rasionalnya apa.

Termenggu seketika menyaksikan drama-drama dalam kehidupan. Umpama menonton movie dengan pop corn di tangan yang ditambah2 tanpa sedar. Melihat karakter manusia yang macam-macam ragamnya. Setengahnya tu jenis yang semuanya tidak kena di mata mereka. Itu tak kena ini tak kena. Kadang-kadang tu.... aduhai...ekstrim pula tu. Kita pun naik hairan..pelik bin ajaib.

Orang tua kita kata ilmu yang tinggi akan meningkatkan kematangan dan kebijaksanaan kita...huhu, rupanya bila di akhir zaman ni, pattern nya sudah berbeza. Semakin tinggi ilmu, rupanya orang semakin mendabik dada dan lupa diri. Karakter ni, antara ciri-cirinya adalah kita tak sedar dan perasan bahawa karakter atau perangai kita tu buruk. Itu yang seronok aje kita terus-terusan bersikap begitu, maka tenggelamlah diri dalam urusan "keduniaan" tanpa kita memikirkan tentang urusan di akhirat kelak yang bakal kita hadapi atas apa jua perbuatan tidak baik kita.

Bila ini berlaku, maka itulah dikatakan bahawa ilmu yang tinggi tidak menjanjikan kematangan dan kebijaksanaan seseorang itu. Ilmu itu sebenarnya ada dalam diri tapi "ditidurkan" kerana manusia lebih memilih untuk mengikut hawa nafsu. Akhirnya, perangai atau karakter diri juga yang menjadi "peneraju" untuk mendominasi. Bila karakter yang menjadi peneraju, makanya manusia akan lebih berpaksikan kepada hawa nafsu dalam apa jua perbuatan dan akhirnya membawa kepada kemusnahan.

Kadang2 hati rasa sedih bila melihat seseorang yang berilmu tinggi, tapi pemikiran bukan sebagai orang bijak pandai. Ilmu yang ada hanya sekadar hiasan luaran bagi mencukupkan pakej diri. Hakikatnya, yang mendominasi diri adalah karakter yang penuh dengan unsur2 keduniaan yang sangat merugikan.

Justeru, dalam hidup ni belajarlah untuk mencuri sedikit masa untuk muhasabah diri. Jangan nampak salah orang saja, sebaliknya tengok juga salah kita dan kekurangan diri kita. Audit diri kita...bermunajatlah kepada Allah..."bermonolog" lah dgn Allah. Setiap kali selepas solat mintalah supaya Allah sentiasa memberikan kita hati yang baik, mintalah supaya Allah sentiasa alert kita dan berikan kita petunjuk kalau sekiranya kita terbabas dari landasan. Doa selalu secara istiqomah, sekurang-kurang kalau kita terbabas sekalipun, Allah pandukan balik naik ke landasan.

Satu perkara lagi, solat kita sepatutnya menjadi penghalang atau menyekat kita daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. Jika sekiranya kita masih lagi mendabik dada dan bermegah diri melakukan perkara yang tidak baik...maka semak semula hubungan kita dengan Allah, takut2 ada perkara yang Allah tidak redha. 

Pesan pada diri supaya diri kita ni tidak terbuai dan tenggelam dalam tuntutan dunia yang keterlaluan kerana bimbang hati kita menjadi lalai dan kita terlupa yang hidup ini sementara saja...tiba masa kita dijemput, semua urusan dunia tu tidak bermakna apa2...jangan sampai kita terlewat.

Jom Audit Diri!

RZH
6 Mac 2021


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...