Skip to main content

Jangan Letakkan Pelita di Atas Atap...

Sudah lewat malam..dah menghampiri 2 pagi sebenarnya...hmmm. mata belum dapat dilelapkan lagi.

Sambil2 melayan mata ni, makanya mencoretkan sesuatu yang mungkin bermanfaat buat kita semua. Saya sekadar  ingin berkongsi petikan penulisan seorang penulis terkenal, Pahrol Mohamad Juoi. Ayat yang digunakan oleh tuan Pahrol sangat menarik perhatian saya "Jangan letakkan pelita di atas atap".

Saya memang suka ayat2 yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang sangat deep. Mari kita sama2 mengambil manfaatnya secara bersama..semoga barokah juga.

Petikan Buku 7 Langkah Baiki Diri oleh Pahrol Mohamad Juoi.
@@@@@@@&@@@@

Imam Al-Ghazali pernah mengumpamakan ilmu yang tidak diamalkan seperti meletakkan pelita (lampu) di atas atap. Apa hasilnya? Ruang dalam rumah tetap gelap kerana cahaya hanya tersebar di atas atap.

Begitulah perumpamaannya apabila ilmu tidak diamalkan. Cahayanya akan berlegar-legar seputar akal tetapi tidak menusuk ke dalam hati. Dan ilmu ini pasti tidak akan melahirkan tindakan. Kejayaan bukan dengan banyaknya membaca, tetapi sejauh mana kita amalkan apa yang telaj dibaca. Ya, 'apa selepas ilmu' itu lebih penting berbanding ilmu itu sendiri.

Ilmu itu lebih diserap melalui apa yang kita alami. Untuk mengalami, perlu amali. Ilmu itu diserap berdasarkan beberapa kaedah:
10% melalui baca
20% melalui dengar
30% melalui lihat
50% melalui dengar dan lihat
75% melalui perbincangan
85% melalui apa dialami
95% melalui apa yang diajarkan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekadar perkongsian dengan pengunjung di blog anggerikdesa. Semoga perkongsian ini memberikan keberkatan dan manfaat buat kita semua. InsyaAllah.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...