Skip to main content

Hidup Ini Satu Pengembaraan...


Hidup ini satu pelayaran dan pengembaraan menuju redha Allah dan kampung abadi di sana.

Dalam pelayaran dan pengembaraan ini sudah pasti banyak onak dan duri yang perlu dilalui. Seandainya kita berjaya melepasi setiap kesulitan itu, redha dengan setiap ujian dan sentiasa kukuh dengan iman dan takwa, insyaAllah kita beroleh kebaikan dan kejayaan.

Ujian paling besar dalam hidup ini adalah ujian kesihatan. Semua orang sebenarnya tidak menyedari kesihatan itu adalah nikmat yang paling utama dan paling besar dalam hidup sehinggalah Allah mengujinya dgn kesakitan. Bila Allah tarik nikmat sihat maka kita akan tahu betapa mahalnya nilai kesihatan itu.

Justeru, bersyukurlah bila kita masih Allah berikan kesihatan yang baik. Ucaplah rasa syukur dengan penuh keikhlasan bila setiap hari bangun dari tidur Allah masih lagi memberikan kita sihat dan mengizinkan kita terus bernafas di muka bumi ini. Jangan kita terlalu sombong sehingga kita lupa yang apa jua yang ada ini adalah milik Allah.

Dalam hidup ini sangat banyak ujian yang Allah hadirkan kepada kita kerana Allah masih sayangkan kita. Allah ingin kita sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa dekat dengan-Nya.

Allah berikan kita melalui pengalaman kesakitan yang hanya kita yang tahu betapa perit dan traumanya kita menanggung. Bila kita mengalami pengalaman ini, maka sudah pasti pergantungan kita tidak pada lain selain Allah. Tidak ada lagi yang kita besarkan kecuali rahmat Allah saja.

Sentiasa positif dengan takdir Allah. Allah beri kita sakit kerana Allah mahu:

1. Tingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya.

2. Menghapuskan dosa2 kita kerana Allah ingin tingkatkan darjat kita di sisi-Nya. Kalau dihitung, Allahu terlalu banyak dosa kita.

3. Kita memuhasabah diri bahawa dunia ini hanya sementara. Tiba masa kita akan pergi ke kampung abadi di sana. Maka Allah ingin beri kita kesempatan untuk menyediakan bekalan ke sana.

4. Kita berehat dan menggunakan sepenuhnya masa sakit itu untuk ibadah sepenuhnya yang sebelum ini kita gagal untuk menyempurnakannya.

5. Kita menginsafi diri dengan kembali kepada-Nya secara total dan istiqomah menjaga hubungan dengan Allah.

6. Mengejutkan kita daripada lena yang terlalu lama dalam dakapan dunia. Allah ingin ingatkan kita bahawa kita semakin hampir ke destinasinya dan Allah mahu kita slowly meninggalkan kesibukan dunia. Allah tidak mahu kita terus dihanyutkan dengan kesibukan dunia. Kerana itu Allah tarik kesihatan kita agar kita "berehat seketika" dan meninggalkan kesibukan dan hiruk pikuk dunia.

Justeru, bagi yang sedang diuji dengan kesakitan dan penyakit kronik, bersabarlah dan bersangka baiklah dengan Allah...terima dengan tenang dan redha dan berdamailah dengan apa jua situasi mendatang. Pada setiap masa perbaiki lah hubungan dengan Allah. InsyaAllah kesakitan yang Allah beri ini adalah satu kebaikan buat kita.


Salam hormat,
RZH
19 Feb 2021


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...