Skip to main content

Cheesekut Sedap...


Rasanya dah lama juga tidak masuk dapur. Teringat nak makan cheesekut, makanya lewat tengah hari tadi buat la juga pelan2...dah lama sangat tak buat cheesekut, kek tiramisu dan seumpamanya...tak sempat nak beku molek sibuk nak potong dah😅...tak apa la, cheese yang meleleh tu makin menambah nikmat sedapnya...

Sesekali dapat menikmati rasa cheese meleleh yang sebegini memang rasa sedap sangat. Rasa biskutnya yang lemak2 ni berpadu dengan salutan cheese yang berpalut likat dengan milo dan aroma nescafe memang memberikan rasa sedap yang tak terkata.

Bagi yang ingin mencuba boleh cuba resepi ni ya.

Bahan-Bahan:
250gm cream cheese
Setengah tin susu pekat manis
Yogurt natural setengah cup kecil
Biskut tawar besar setengah pack
Milo dan nescafe untuk ditabur di atas
Fresh milk.

Cara-cara:
1. Blend sebati cream cheese dan susu juga gula dan yogurt. Jika tiada yogurt boleh masukkan sedikit perahan lemon.

2. Dalam bekas empat segi, susunkan biskut menjadi satu lapis. Sebelum disusun, biskut dicelup dahulu dalam susu segar tadi. Selepas setiap lapisan, tuangkan secara nipis cream cheese yang diblend tadi di permukaan lapisan. Cream cheese tadi diratakan atas permukaan biskut sehingga menutupi semuanya. Selepas selesai setiap lapisan, taburkan sedikit milo dan serbuk nescafe, dan kemudian susun pula lapisan kedua. Serbuk nescafe ni perlu ditapis melalui tapis tea dan ditabur secara serata atas permukaan. Ulangi proses ni sehingga menjadi tiga lapisan. Lapisan atas sekali biarlah tebal sikit cream cheese disalutkan. Selepas ditabur dgn milo dan serbuk nescafe, bhgn atas sekali ini juga boleh ditabur dengan Bisscoff atau serbuk oreo..confirm lagi sedap!

Selepas semua selesai, cheesekut ini boleh disimpan dalam peti sejuk dulu untuk tempoh tiga empat jam untuk beri dia sejuk dan keras sedikit. Cheesekut ni dimakan meleleh begitupun juga sedap.


Selamat mencuba!

Salam hormat
RZH
21 Feb 2021


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...