Skip to main content

Bermain layang-layang...


Zaman kanak2 dulu memang terror sangat bermain layang-layang ni. Main dengan kawan-kawan di padang yang luas. Sambil main, sambil tangkap pepatung atau kami panggil "puting beliung".

Ya, zaman dulu2...mana ada gajet2 moden macam dunia kanak2 sekarang kan. Itu lah permainan kami petang-petang.

Layang-layang ni kita kena main di tempat lapang yang berangin, atau tepi pantai masa angin sepoi2 waktu petang...kalau tak ada angin, mana maunya layang-layang "terbang". Ya...nak terbang tinggi ni kena "berangin" la kan...

Pemain atau pengemudi layang-layang  juga perlulah seorang yang pandai nak 'chut" kan tali layang-layang tu..tali layang-layang ni perlu di "main-main" kan sikit-sikit dulu...tarik-tarik dan lepaskan sikit-sikit...ikut keadaan anginnya...selepas dah berjaya naik ke atas...makanya kira okey la tu. Di permulaan nak bagi naik tu aje yang rumitnya..dah berada di atas kiranya bergantung pada anginnya dan cara tali itu "dimainkan" di bawah. Justeru, memang pemainnya kena orang bercita-cita tinggi untuk melihat layang-layang terbang tinggi, bijaksana, dan mahir dalam bab "cilok-cilok" ni.

Selalunya dulu2 untuk layang-layang tu mudah dinaikkan atau diterbangkan kita kena ada bantuan rakan-rakan. Rakan kita akan pegang layang-layang tu dan kita akan bergerak ke depan sikit dalam jarak tiga empat meter. Bila dua2 dah ready layang-layang akan dilepaskan dan kita akan kemudikan talinya. Jatuh atau naiknya layang2 itu bergantung lah kepada kepandaian dan kebijaksaan orang yang memegang talinya. Silap percaturan, layang-layang tak sempat naik tapi terus "tersembam" ke bumi. Tukang pegang layang-layang ni pun kena pandai balance kan layang-layang tu masa nak dilepaskan. Kalau tak balance nanti memang awal-awal lagi tak naik.

Ya, main layang2 ni, selagi tali di tangan maka selagi itulah ia terbang di atas. Tapi bila tali sudah terlucut maka jatuh la layang-layang tu.

Begitulah juga analogi bermain layang-layang ni dengan kehidupan kita. Tak selama-lamanya kita boleh kekal berada di atas. Sampai masa kita akan jatuh juga. Kalau sekalipun tali tidak terlucut, faktor lain juga boleh menyebabkan layang-layang jatuh, antaranya angin taufan yang kuat, hujan dan ribut petir, pengemudinya give-up dengan cabaran, atau berkemungkinan mengalami kemalangan atau kecelakaan semasa bermain.

Sama ada faktor alam, faktor manusia atau faktor teknikal lain semuanya itu adalah kuasa Allah..semuanya sudah pasti dalam perhatian dan kuasa Allah jua. Rahsia itu milik dia...selagi kudrat masih di tangan untuk layang-layang kekal di atas maka kita boleh teruskan melengggokkan dan mencaturkan pergerakan layang-layang itu mengikut kehendak hati...kerana pasti, bila tiba masanya keadaan sudah tidak mengizinkan, maka layang-layang akan jatuh menyembah bumi dan permainan layang-layang berakhir.

Sekadar imbauan bermain layang-layang masa kanak2,

RZH



 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...