Skip to main content

Nikmat Tenang...

Tenang itu adalah apabila kita merasa bebas daripada segala masalah dan gangguan. Fikiran kita menjadi lapang dan perasaan kita damai dan bahagia. Maka itulah erti kata tenang yang sebenar.


Tenang itu adalah apabila hati kita tidak resah, fikiran kita tidak runsing dan segalanya baik2 saja tidak berkocak dan "tidak bergelora". Rasa aman dan tenteram. Jiwa yang tenang akan memacu diri untuk lebih bertenaga dan bersemangat.


Semua orang mendambakan rasa tenang dalam hidup dan dalam apa jua yang dilakukan. Mengapa kita perlu tenang, kerana dengan tenang lah hati kita bahagia. Dengan tenanglah kita dapat berfikir dengan baik dan rasional.  Pemikiran yang rasional akan menghasilkan sesuatu yang baik dan memberikan manfaat kepada semua orang.


Bagaimana untuk tenang dalam hidup. Jom amalkan antara beberapa tips mudah yang kita boleh jadikan amalan seharian secara istiqomah:

1. Tidak tinggal solat. Solat di awal waktu.

2. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah

3. Bersihkan hati dari perasaan yang tidak baik, dengki dan khianat.

4. Sentiasa fikir yang baik2

5. Banyakkan bersedekah

6. Permudahkan dan bahagiakan orang

7. Perbanyakkan membaca Al-Quran

8. Wajib beristigfar dan berselawat pada setiap hari. Sekurang2nya tiga empat ratus istigfar dan selawat sambil memandu ke tempat kerja. Cuba dulu...kita akan tahu betapa hebatnya nikmat Allah...keajaiban yang tidak kita jangka!

9. Sentiasa bersyukur.

10. Sentiasa ingat dan doakan ibu bapa.

11. Sentiasa ikhlaskan diri.


Berdoalah sentiasa agar Allah terima amalan kita dan memberkati amalan baik yang lakukan dan memberikan kita kebahagiaan berpanjangan. InsyaAllah, andai kita istiqomah dengan amalan2 ini, Allah akan memberikan kita jiwa dan hati yang tenang. 


Percayalah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Memiliki jiwa dan hati yang tenang adalah nikmat Allah yang tidak terbanding...justeru, sama2lah kita rebut nikmat ini.


Salam Hormat

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...