Skip to main content

Hadoiii la...dah kenapa!

Tiada batasan dalam berfikir kerana fikiran boleh menjelajah ke seluruh pelusuk ruang tanpa sempadan. Itu yang jadinya, terkadang pemikiran kita "terhala tanpa sengaja" kepada sesuatu yang sememangnya kita tak teringinpun untuk memikirkan tentangnya, tetapi bila situasi yang berlaku sangat "tak masuk akal" dan kita tertanya2 WHY...makanya memang mendapat lah untuk melayan pemikiran ke arah itu.


Kalau benda yang sangat simple tapi disusahkan dan dirumitkan, mula lah kita tak faham kan. Bila kita tak faham, makanya mula lah kita berandaian. selalunya andaian kita berasaskan logik. Kalau dalam logik yang seharusnya perlu berlaku itu tidak juga relevan, makanya memang kena lah terima hakikat bahawa apa yang orang kata itu ada kebenarannya.


Mengapa perlu berdalih dan mencari alasan untuk menerima kebenaran...benda sangat simple kan...mengapa susah sangat! mengapa perlu double standard! dan mengapa perlu rakus kepada kuasa dan pangkat sehingga sanggup mengenepikan soal kemanusiaan dan kepentingan sejagat.


Antara logik pemikiran adalah:

1. Kalau benda boleh tangguh, maka tangguhkan lah. Sesuatu yang besar dan berimpak tinggi, sudah pasti sebelum ianya dilakukan, akan dilihat terlebih dahulu aspek risikonya. kalau rasa risikonya sangat besar dan memudaratkan ramai orang jika ia diteruskan...maka TANGGUH kan lah. Nak teruskan juga tu kenapa...adakah berkait dengan soal penting diri sendiri, gila kuasa, gila pangkat atau apa! kalau ini jawapannya maka memang tepatlah semua bentuk panggilan yang diberikan dalam mendefinisikan rasa yang hadir. Kalau ini bukan jawapannya, maka tampil lah menjelaskan secara gentleman...bukan sekadar memberikan naratif berkajang2 tapi pointnya tak sampai untuk "alam sejagat" yang mengharap sesuatu yang lebih relevan...hmmm


2. Setiap peraturan atau SOP yang dikeluarkan adalah untuk dipatuhi oleh sesiapa jua yang berkaitan dengan ruang lingkup pelaksanaan SOP. Tiada double standard dalam pematuhan SOP! Kalau kita yang mengeluarkan SOP tapi kita tidak mengikutnya...apa agaknya itu? secara logiknya bila kita perlu mematuhi SOP tetapi kita tidak mematuhinya...logiknya macam2 panggilan yang boleh dikatakan kepada kita. Bagaimana agaknya kita nak menyekat "tsunami kata mengata dan membahan" ni..yang sepatutnya ini bukan budaya kita yang sihat...tapi ia kini berlaku dan menjadikan budaya dan adab kita yang juga "turut musnah". 


Selalunya sesuatu perkara yang memberikan "kemusnahan" yang besar memang tidak mampu untuk digerakkan jentera bagi melakukan "damage control". Makanya yang sudah damage itu akan terus damage...akhirnya terpaksa diterima dan ditelan tanpa rasa rela. Kita perlu ingat, sesuatu kesan yang tidak memberikan kepuasan secara bersama, maka apa yang berlaku itu sebenarnya tidak adil dan berat sebelah.


Justeru, sama2 lah kita mengambil iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku...ya betul menuding jari antara satu sama lain memang tidak akan menyelesaikan masalah kerana yang "musnah" telahpun "musnah"...tapi sekurang-kurangnya masing2 yang bertanggungjawab itu ambil lah sedikit masa untuk muhasabah diri...kalau rasa salah tu lebih banyak dari betul, maka terima lah hakikat bahawa apa yg dilakukan itu sebenarnya tidak betul...dan jadikan lah pengajaran dan benteng untuk ianya tidak berulang!


Sekadar penulisan santai...

RZH







Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...