Skip to main content

Ayam Bakar Air Fryer

Lama sungguh pulak rasa tak menulis tentang resepi. Petang ni kita santai2 menulis tentang resepi mudah dan sangat ringkas ini. Ore kelate kata "semesek". Semesek ni membawa makna mudah atau orang putih kata "very easy"...agittthewww..


Lunch tadi saya masak ayam bakar ni. Bakar guna air fryer saja, mudah, cepat dan tidak kotorkan pan pembakar...senang sangat...masa pun jimat. 


Paling saya suka adalah warna kuning keperangan ayam bakar ni memang mencapai standard idaman pembakarnya...hehe..mmg terapi betul rasa kat hati bila tgok warnanya...cantik sungguh. Itu agaknya orang kata memasak ni terapi diri...

Jom kita tengok bahan perapan mudah dan simple sangat. Saya guna apa yang ada di dapur saja...ore kelate kata "capok-capok jah"...campak- campak aje bahan2nya...hehe.


Bahan-bahan:

1. Ayam satu ekor belah empat. Minta orang kedai terus potong empat ya.

2. Tiga ulas bawang putih dan dua ulas bawang merah.

3. Setengah sudu kecil lada hitam

4. Sedikit sos cili, sos tiram, sos thai, madu.

5. Setengah sudu besar cuka. 

6. Setengah sudu besar rempah kari

7. Garam satu sudu besar. Gula satu sudu besar.

8. Sedikit minyak bijan...satu sudu saja lebih kurang...atau minyak biasa ni pun boleh.

9. Satu kiub ayam.


Cara-cara:

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah dan lada hitam.

2. Ayam cuci bersih dan yang last cucian tu cuci dgn air asam jawa. Ini petua basuh ayam supaya ayam tu lebih sedap bila dimasak nanti. Tapi lepas tu cuci la semula dgn air bersih ya.

3. Gaulkan ayam dengan bahan yang ditumbuk tadi dan semua jenis sos yang dinyatakan, juga rempah kari, kiub ayam, madu, minyak bijan, garam dan gula. Jika suka boleh letak sedikit perasa. Gaul sebati.

4. Perap selama setengah jam ke satu jam dan boleh dibakar guna air fryer selama 25 minit dgn suhu 170C. Kalau tak sempat perap pun tak apa...boleh terus bakar...cuma kalau perap tu akan lebih sedap sebab bahan perapan tu sempat mesra dgn ayam.

Makanya done dan boleh dihidangkan. Makan panas2. Ayam bakar ni sangat lembut dan very juicy...sedap dan cukup lengkap rasanya!

Selamat mencuba!


Salam hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...