Skip to main content

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi, kepuasan Kerja dan Komitmen Terhadap Organisasi

Malam ini memberi laluan kepada diri untuk membaca satu penulisan berkaitan dengan hubungan antara kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Sekadar pembacaan santai terhadap kajian yang dibuat. Kajian ini seiras dengan tesis saya semasa pengajian master dalam Corporate Comm. 


Sebelum saya pergi kepada dapatan kajian mari kita lihat dulu apa yang dimaksudkan dengan Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence). Kecerdasan emosi (EI) adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, dan mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekelilingnya.


Menurut Goleman (1999), kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasikan diri sendiri, dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain.


Goleman (1999) juga mendefinisikan emosi sebagai suatu perasaan yang berkaitan dengan amarah, kesedihan, rasa takut, kenikmatan, cinta, terkejut, jengkel dan malu. Justeru, emosi merupakan suatu tindakan, ketidakstabilan fikiran, perasaan, nafsu yang tidak terkendali.


Berbalik kepada kajian di atas, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen dalam kajiannya, iaitu Emotional Competency Inventory (ECI), Job Survey Satisfaction (JSS) dan Organizational Commitment Questionaire (OCQ).


Saya menjenguk hasil kajian yang diperoleh terhadap kajian yang dilakukan ini. Rumusan akhir kajian ini menunjukkan kecerdasan emosi berhubung secara positif dan signifikan dengan komitmen organisasi. Kajian turut mendapati bahawa kepuasan kerja berhubung secara positif dan signifikan dengan komitmen organisasi. 


Saya juga turut melihat beberapa hasil kajian sarjana terkemuka, antaranya adalah Rempel et al, 1985. Kajian oleh Rempel et al, 1985 mendapati komitmen organisasi meningkat kerana sikap majikan dan pengurus yang positif kepada pekerjanya dengan memberi sokongan kepada subordinat. Dengan itu, pekerja akan merasa diperlukan dan merasa penting dalam membangunkan organisasi. Malah, dengan sokongan yang diberikan oleh pengurus maka subordinat menunjukkan kesetiaan sebagai balasan. Hal ini sekaligus akan meningkatkan tahap komitmen terhadap organisasi tersebut.


Saya juga turut tertarik dengan hasil kajian Matteson (2002). Matteson mendapati bahawa faktor kepuasan kerja dipengaruhi oleh pentadbiran organisasi sebanyak 24%, rakan sejawat 28%, ganjaran sebanyak 37% dan persekitaran kerja organisasi sebanyak 14%. Kajian Matteson mendapati 54% reponden mempunyai tahap kepuasan kerja sederha dan 46% responden tahap tinggi.


Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Mayer dan Allen (1997) turut menekankan pekerja mestilah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan tugas untuk meningkatkan kepuasan kerja dalam organisasi. Kepuasan kerja yang tinggi akan meningkatkan komitmen pekerja kepada organisasinya. 


Saya juga ingin menyentuh tentang hasil beberapa kajian yang lain yang telah membuktikan bahawa komitmen organisasi tidak dipengaruhi oleh fakto umur individu semata-mata malah ia turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain. Antaranya adalah tanggungjawab moral yang mempengaruhi tahap komitmen organisasi individu. Selain itu, terdapat bukti sokongan daripada kajian yang telah dilakukan oleh Rempel et al, 1985 yang menyatakan bahawa majikan yang menunjukkan rasa tanggungjawab dan memupuk rasa kekeluargaan terhadap subordinat akan meningkatkan tahap komitmen individu.


Setakat ini dulu perkongsian saya tentang pembacaan yang dibuat terhadap kajian ini. Semoga bermanfaat jua.


Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...