Skip to main content

Bual Bicara Hebat!

Setiap orang sudah pasti mengimpikan untuk menjadi seorang yang hebat dalam bual bicaranya. Namun tidak semua orang memiliki keberanian untuk berbicara kerana bicara hebat ini bergantung kepada banyak faktor.


Ada orang hebat bicaranya kerana memang telah dilahirkan dan diberi Allah kelebihan begitu "gifted". Ada orang bukan dilahirkan semulajadi nya mempunyak kelebihan begitu tetapi dia berminat, dia mencari dan mengasah bakatnya all the way dia punya journey.


Memiliki bicara hebat ini, pada saya menuntut lima perkara wajib yang perlu ada dalam diri seseorang itu.


1. Berilmu dan berpengetahuan luas. Seseorang yang ingin lebih berkeyakinan untuk berbicara, perlulah mempunyai knowledge yang tinggi, atleast dalam bidang kepakarannya. Tanpa ilmu pengetahuan kita tidak boleh hebat bercakap kerana apa yang kita cakap itu mestilah benar faktanya. Kalau kita hebat bercakap dgn "fakta yang auta" maka kita tidak akan pergi jauh dan tidak akan bertahan lama.


2. Mempunyai personaliti dan penampilan diri yang baik. Dalam menarik orang untuk tertarik dengan bicara kita adalah apabila kita berjaya untuk menampilkan hemah diri yang baik, akhlak yang baik, perilaku yang manis, dan penampilan dan kekemasan diri yang baik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Permulaan untuk kita menarik perhatian orang kepada kita adalah perkara ini dulu, dan baharu lah disusuli dengan tutur kata kita yang lancar dan menarik. Perkara-perkara ini semuanya adalah untuk menarik "first impression" daripada orang lain terhadap kita.


3. Mempunyai komunikasi yang baik. Komunikasi yang baik dalam menuturkan kata, lancar, berintonasi dan mempunyai rhythm nya. Juga komunikasi ini meliputi bahasa badan kita (body language" yang kita pamerkan. Paling utama dalam body language ini adalah riak wajah atau air muka. Senyuman mestilah perlu sentiasa terukir (ini prinsip nombor satu). Bila raut wajah mempamerkan senyuman...senyuman itu sudah "seal" atau patrikan "hubungan" kita dengan orang sekeliling.


4. Keyakinan diri yang tinggi. Apa jua yang kita lakukan mestilah dengan penuh keyakinan. Bila kita yakin, bicara kita akan lancar dan tidak tersekat-sekat. Keyakinan ini sebenarnya pasangan rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan yang kita nyatakan di atas. Kita akan yakin bila kita cukup ilmu untuk berbicara. Satu perkara lagi untuk menjadikan kita yakin adalah kita perlu bijak dalam membuat "mind setting". Set kan pada minda kita bahawa kita boleh melakukan bicara itu dengan baik...dan perkara ketiga yang boleh membantu dalam menaikkan keyakinan kita adalah "visualise". Kita bayangkan bahawa audiences ingin mendengar bicara kita dan berminat untuk terus bersama kita. Visualise ini adalah konsep dalam NLP. Di mana kita membayangkan yang baik-baik sahaja, iaitu audience sangat berminat untuk mendengar.


5. Buat research terlebih dahulu. Pembicara hebat perlu rajin membuat research terlebih dahulu. Kalau kita dijemput sebagai pembicara dalam sesuatu perkara, tidak kira lah sebagai penceramah, mewakili meeting atau apa jua event, kita mestilah memperlengkapkan diri dengan maklumat event itu. Hindari sikap "main redah" kerana nanti kita hanya akan memalukan diri sendiri atau mungkin kita nanti hanya mampu "hadir dengan diam" kerana kita tidak tahu pun tentang perkara yang dibicarakan atau perlu dibicarakan. Menyelidiki dulu ini penting untuk kita tahu siapa orang yang datang, siapa pengerusinya, apa agendanya, adakah tindakan dalam perkara berbangkit untuk jabatan yang kita wakili. Manakala kalau dalam sesi perkongsian ilmu, sekurang2 study sikit tentang tajuk yang akan dikupas, kenali biodata penceramah melalui google mungkin dan sebagainya lagi persediaan lain yang dapat membantu.


6.  Keikhlasan diri & Niat yang betul. Bicara yang hebat adalah bicara yang lahir dari hati yang ikhlas dan niat yang betul. Justeru, untuk terus ikhlas, kita kena sentiasa berdoa untuk Allah berikan kita hati yang baik. Hati yang tidak pernah mendambakan balasan daripada manusia atas apa jua yang dilakukan sebaliknya hanya mendambakan ganjaran daripada Allah jua. Dan sudah pasti dalam apa jua yang dilakukan perlulah kita melafazkan niatnya untuk kebaikan dan kerana Allah Taala.


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pengunjung semua. InsyaAllah, dengan niat yang betul dan istiqomah, kita sentiasa dipandukan Allah untuk terus memiliki bicara yang hebat.


Salam Hormat

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...