Skip to main content

Salam Perkenalan di Alam Siber...

Assalamualaikum dan salam pertemuan penuh harmoni,

Malam ini, buat pertama kalinya saya menulis di blog yang sebenarnya telah hampir dua tiga bulan didaftarkan. Nama blog ini saya berikan nama sebagai 'Anggerik Desa' ...ada sejarah di sebalik nama itu sebenarnya...sejak kecil lagi nama Anggerik Desa sentiasa saya gunakan dalam apa jua 'pengenalan'...sudah begitu sinonim dengan diri saya....justeru nama blog ini menjadi pilihan.


Sebenarnya telah sekian lama saya berangan dan mengimpikan untuk memiliki blog sendiri, namun mungkin kerana kekangan masa menjadikan segala angan dan impian itu belum dapat direalitikan...namun akhirnya pada malam ini, saya berjaya jua merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri...


Sejak kecil lagi dunia penulisan ini seakan telah menjadi darah daging saya. Justeru dengan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, saya merasakan banyak platform yang boleh digunakan untuk menulis. 

Tulisan sebenarnya sangat memainkan peranan untuk terapi diri. Dengan menulis, ia dapat memberikan rasa lega kepada diri sendiri apabila segala idea kita juga apa yang ada dalam hati dan fikiran dapat kita persembahkan dalam bentuk tulisan...mungkin bermanfaat kepada diri sendiri juga mungkin kepada orang lain yang berminat...


Semoga apa jua yang bakal dititipkan nanti akan sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi dan semoga jua kita semua akan sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah...Insha Allah.


Salam perkenalan & salam hormat

Anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...