Skip to main content

Posts

Sembang2 Sahabat...

Dua tiga hari lepas, dalam kesibukan sempat cilok masa sekejap untuk jumpa sahabat baik. Jarang sgt keluar secara nyata dengan dia..tapi di whatsApp mmg sentiasa bersembang dan berkongsi cerita.  "Mana kita nak makan ni" tanya saya  sambil menekan pedal minyak.  "Aku rasa nak makan di Manggir" tambah saya sambil teringat rasa sedap nasi manggir dengan kuah dan sambalnya..tapi orang ramai kat situ, panas tu satu hal la pulak...saya menambah lagi..haha Dia jawab dia ok saja mana2...sambil warning kan saya.."ko ok ke keluar dengan aku ni..karang nanti jadi isu pulak"...haha bukan main lagi sahabat saya ni nak menduga saya. Saya gelak besar sambil fokus pada pemanduan. Dia menambah lagi "ko tu pun tak boleh tempat panas"...saya tergelak kecil... "Pada aku, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Tiada apa yang nak ditakutkan. Kuasa dan pangkat bukan perkara yang dikejar..dan aku juga tiada agenda...niat bekerja kerana Allah...moga Allah ter...

Realiti Kehidupan...sembang santai

Pagi ni panjang sungguh bersembang di whatsApp dangan sahabat baik geng corp comm. Sambung cerita semalam. Kami keluar bertiga mengopi semalam di KLCC. Pagi ni sambung sembang di wasap..dekat dua jam juga..dari 8 pagi hingga ke jam 10 pagi. Haha...lamanya! Banyak topik dibualkan..sudah pasti tentang kehidupan. Antaranya adalah: 1. Tentang hakikat kehidupan yang kita sebagai manusia perlu melalui pelbagai peringkat, dari bayi, kanak2, remaja, dewasa, dan peringkat berusia untuk ke gerbang tua. MasyaAllah. How time flies sebenarnya. Serasa baru semalam di usia remaja..rupanya kini sudah lebih 30 tahun zaman remaja itu ditinggalkan. Bila mengimbau ke belakang, hanya kenangan jua yang dpt dikenang. Untuk kembali semula mengulangi zaman itu memang tidak mungkin. Kerana itu, laluilah zaman demi zaman ini dengan penuh kebaikan kerana kita tak mungkin dapat berpatah balik untuk membetulkan kesilapan kita. 2. Mengenang kembali zaman belajar master in corp comm di UPM dulu..MasyaAllah, sudah 12 ...

Sandiwara Cinta Semusim...

Menjenguk mak saudara isteri yang sakit di HKL...Sudah seminggu di ward,..kencing manis. Isteri yang dok jaga.  Didoakan kesembuhan segera buat mak saudara isteri... Kehidupan tu begini lah. Kita yang memilih kehidupan itu. Memilih menambah ruang territory. Bila jajahan takluk diperluaskan, sudah pasti membawa dgn tanggungjawab sekali...dah bertambah pula tanggungjawabnya daripada menjaga satu ruang kepada dua ruang. Berbahagi pula masa yang ada. Bukan setakat berbahagi masa, berbahagi kasih..berbahagi tanggungjawab...semuanya kena berbahagi..bila tidak memilih untuk berterus terang, itu yang jadinya "cilok sana cilok sini". Aduhaii, tak penatkah dok lalu situasi mcm ni..kita ni dah tua...sampai bila akan terus begini? Semuanya pentas lakonan. Teringat kata2 seseorang pada saya...dia kata kehidupan ini pentas lakonan. Ya, terdetik di hati..yang berkata itu lah juga yang memainkan watak lakonan ni.  Ya betul la tu, berlakon sana dan berlakon sini untuk kesinambungan sebuah keh...

Terima Takdir dan Redha...

Tadbir emosi perlu bijaksana. Jangan lajak lama sangat. Dua tiga hari cukup. Lepas tu kena move on. Orang tua cakap, bodoh tu jangan lama. Jangan prolong.  Haahh gitu.  Ada satu ayat ni saya jumpa.  "Menangis lah jika beban mu terasa berat. Kerana air mata mu adalah doa di saat mulut mu tak mampu untuk bicara" Saya tambah dengan ayat saya... "Berdiam diri dan membisu adalah lebih baik bila bicara kita tidak lagi bermakna" Fahami konsep Takdir vs Doa.  Allah maha mengetahui. Move on dan terima itu adalah cerita diri kita yang Allah sudah tentukan. Redha! Ada bingkisan dari Allah akan tiba jika kita sabar dan redha. InsyaAllah. Doa dan terus doa untuk sebuah kebaikan. RZH

Aku kuat..tapi aku juga penat...

Sekarang ni macam2 kata2 yang kita boleh jumpa melalui tik tok. Membelek tik tok mlm ni, terjumpa kata2 ini: "Aku kuat...tapi aku juga penat" Sepintas membaca..terdetik di hati, very deep ni kata2 ni. Saya sekadar mengupas apa maksud di sebalik yang boleh dijangkakan.  Mungkin sudah terlalu banyak kesakitan demi kesakitan yang dia lalui, bersabar dan menelan apa jua demi sebuah kasih sayang...tapi akhirnya hati tidak mampu bertahan lagi... menangis dan terus menangis...sangat penat. Pedihnya juga menikam hingga ke jantung. Hati bagai dihiris dan disiat-siat. Dirinya kuat tapi sudah tersangat penat. Exhausted! Perkara yang sudah tidak boleh untuk patah balik akan terus menjadi rasa yang membengkak di hati. Sembilu yang setiap saat mencucuk..sakitnya hanya Allah jua yang tahu. Tiada penawar tiada penghujung...rasa makin penat bila perlu redah tanpa noktahnya.  Jika ini keadaannya...kembali kepada Allah dan mohonlah petunjuk dan pertolongan Allah..tiada yang dapat memberikan per...

Bersiar2 Dalam Minda Bawah Sedar...

Usai solat subuh, bawa minda "bersiar-siar" seketika...meneroka dan melawat diri dalam perjalanan minda di bawah sedar....unsubconcious mind. Menjenguk diri dan ruang2 yang lama tidak ditanya kaba dalam segenap anggota badan. Semua sihat alhamdulillah...mendoakan semoga Allah terus berikan kesihatan yang baik. Sihat tubuh badan, sihat emosi dan perasaan. InsyaAllah semua dalam peliharaan Allah selagi hati terus berdoa dan yakin kepada Allah.  Hati perlu terus positif..pancarkan dan alirkan gelombang yang positif sahaja..usah putuskan tenaga positif dengan gelombang negatif...nanti memutuskan tindakan di bawah minda sedar..unsubconsious.. Kehidupan kita ini, yang banyak menjadikan kenyataan terhadap apa yang kita inginkan adalah pemikiran dan tindakan yang berlaku di minda bawah sedar kita...justeru, bersihkan hati dan biarkan ia sentiasa positif dan happy. InsyaAllah, apa yang jua yang kita inginkan, yang kita hajati akan dapat kita peroleh...doa kpd Allah dan sedar tentang k...

Kena Redha...

Teringat bicara saya tengah hari semalam dengan seorang sahabat baik tentang konsep redha. Katanya dia redha atas setiap apa yang berlaku...saya tahu dia sedih..dia down...daripada gaya tulisannya saya dpt membaca jiwanya yang tersiat dan hatinya yang luluh. Saya menekankan konsep redha pada dia...saya tahu dia cukup faham erti redha, namun mungkin konsep redha yang saya share ini dpt meningkatkan lagi kekuatan dalamannya. Kata saya pada dia, Sahabat,  kita tidak dapat kawal apa yang terjadi kepada kita kerana semua itu milik Allah. Apa yang boleh kita kawal adalah diri kita, hati kita, cara kita respon dan cara kita berfikir. Justeru, letakkan dalam diri bahawa apa yang berlaku itu tetap telah berlaku..terima dengan rela hati tanpa takwil...doa dan terus doa untuk kita terus on track...dan itulah redha. Allah kata, bila kita redha atas sesuatu perkara yang menimpa kita, Allah sebenarnya memilih kita untuk diberikan "hadiah". Saat Allah mendatangkan ujian kepada kita, Allah s...