Skip to main content

Kena Redha...

Teringat bicara saya tengah hari semalam dengan seorang sahabat baik tentang konsep redha. Katanya dia redha atas setiap apa yang berlaku...saya tahu dia sedih..dia down...daripada gaya tulisannya saya dpt membaca jiwanya yang tersiat dan hatinya yang luluh.

Saya menekankan konsep redha pada dia...saya tahu dia cukup faham erti redha, namun mungkin konsep redha yang saya share ini dpt meningkatkan lagi kekuatan dalamannya.

Kata saya pada dia,

Sahabat, 

kita tidak dapat kawal apa yang terjadi kepada kita kerana semua itu milik Allah. Apa yang boleh kita kawal adalah diri kita, hati kita, cara kita respon dan cara kita berfikir. Justeru, letakkan dalam diri bahawa apa yang berlaku itu tetap telah berlaku..terima dengan rela hati tanpa takwil...doa dan terus doa untuk kita terus on track...dan itulah redha.

Allah kata, bila kita redha atas sesuatu perkara yang menimpa kita, Allah sebenarnya memilih kita untuk diberikan "hadiah". Saat Allah mendatangkan ujian kepada kita, Allah sebenarnya sedang membungkus "hadiah" buat kita. "Hadiah" itu akan sampai jika kita redha. Terus tenang, senyum, dan lalui kehidupan ini seperti biasa. 

Saya ckp pada sahabat...jika awak nak "hadiah" itu, maka redha la...terus tenang dan lalui seperti biasa. InsyaAllah janji Allah itu benar..hanya masa saja. Terus kuat dan terus berdoa...yakin "hadiah" Allah akan tiba.

Sahabat mengiakan kata2 saya...hati saya kembali reda juga...saya risau keadaan kesihatannya...kerisauan dan faktor emosi ni boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan...pesan saya kepada dia...hidup dengan tenang dan ceria selalu...sudah pasti dlm hidup kita ada pasang surut..kita perlu bijak mengurus hati..lepaskan apa yang tidak mampu kita kawal...let it go...insyaAllah semua akan okey...


RZH.



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...