Skip to main content

Sembang2 Sahabat...

Dua tiga hari lepas, dalam kesibukan sempat cilok masa sekejap untuk jumpa sahabat baik. Jarang sgt keluar secara nyata dengan dia..tapi di whatsApp mmg sentiasa bersembang dan berkongsi cerita. 

"Mana kita nak makan ni" tanya saya  sambil menekan pedal minyak. 

"Aku rasa nak makan di Manggir" tambah saya sambil teringat rasa sedap nasi manggir dengan kuah dan sambalnya..tapi orang ramai kat situ, panas tu satu hal la pulak...saya menambah lagi..haha

Dia jawab dia ok saja mana2...sambil warning kan saya.."ko ok ke keluar dengan aku ni..karang nanti jadi isu pulak"...haha bukan main lagi sahabat saya ni nak menduga saya. Saya gelak besar sambil fokus pada pemanduan. Dia menambah lagi "ko tu pun tak boleh tempat panas"...saya tergelak kecil...

"Pada aku, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Tiada apa yang nak ditakutkan. Kuasa dan pangkat bukan perkara yang dikejar..dan aku juga tiada agenda...niat bekerja kerana Allah...moga Allah terus pelihara"...aku memberi respon ikhlas dari hati.

"Kita ni nak sembang byk benda dan perlukan privacy"..."Jadi kita pergi tempat orang tak ramai la" sahabat pula memberi respon...

Dalam fikiran, saya dah tahu dah tempat mana yang nak dituju...tempat makan agak privacy dan orang tak ramai, tapi nasi belauk nya sedap..saya terus menuju ke situ. Jika tak sibuk sgt di ofis, kat situ mmg tempat regular saya makan sebenarnya...haha nasi belauk sedap.

Sampai di kedai, kami ambil makanan...sesambil makan, banyak perkara yang kami sembang...daripada semua perkara. Jika ukuran ABC, makanya dari A sanpai Z la kiranya bersembang.

Makan juga banyak...nasi belauk lauk ike ayo, dan daging bakar...sahabat juga mengambil menu sama..first time saya bawa dia makan kat sini sebenarnya. Kami sgt jarang keluar makan berdua, walaupun setiap hari dok bersembang cerita di wasap..bukan main seronok dia dgn masakan kelate...sedap katanya. 

Tak cukup dgn nasi, tambah pula makan kuih kelate..tak tahu nama kuih, ambon rasanya...haha byk saya dan sahabat mkn kuihnya...tambah pula nescafe panas unk kami berdua..

Adusss sekali lagi "derhaka manis" lagi RZH ni...camane ni..aduhai..Bila banyak perkara yang ada dlm fikiran, makanya mmg nak juga nescafe ni..masalah sungguh..haha

Sembang2 disimpan rapi...insyaAllah...kuasa Allah Maha besar..Allah Maha Mengetahui...insyaAllah.

RZH.






Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...