Skip to main content

Posts

Salam Pembuka Tirai 2021...

Selamat Tinggal 2020 Selamat Datang 2021 Roda kehidupan terus berputar dan sedar tak sedar malam ini kita telah berada di malam terakhir tahun 2020. Kita kini di ambang 2021. Hari ini sudah 31 Disember 2020 rupanya...serasa baru semalam "pintu" 1 Januari 2020 dilangkah masuk. Sudah 12 bulan🤔 Beberapa jam saja lagi bila tiba detik 12 malam, makanya beralih la tahun ini ke tahun berikutnya...2021. Maka berlalulah 2020....dan kita tak mungkin dapat kembali ke tahun ini lagi. Kerana itu setiap saat detik masa yang ada perlu kita hargai dan manfaatkan sebaiknya kerana bila ia telah berlalu kita tak mungkin dpt kembali ke saat itu lagi...kerana itu lah dikatakan masa itu emas. Sebenarnya, masa yang kita lalui ini begitu pantas masa berlalu, seakannya sepantas kilat. Sehingga 12 bulan yang berlalu tidak begitu terasa. Segala bentuk rasa suka duka dalam kehidupan telahpun dilalui. Itu sudah pasti. Hidup ini memang sifatnya dikelilingi dengan rasa suka, duka, derita dan bahagia ya...

Wishlist Tahun 2021..

Tahun 2021 akan menjelang tiba dalam masa terdekat ini. Beginilah rutin kehidupan kita dengan hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Sedar tak sedar sudah habis 12 bulan untuk tahun 2020.  Lagi sehari 2021 akan menjelma tiba. Menjadi rutin juga kepada kita bila setiap kali tibanya tahun baharu, kita akan menyenaraikan "Wishlist" kita. Bagi yang belum mengamalkan konsep wishlist ini, saya sangat sarankan agar ianya dapat dilakukan dan diamalkan sebagai rutin wajib. Banyak manfaatnya! Wishlist ni perlu bukan kerana apa, tapi kerana ia nanti akan menjadi komitmen kepada kita yang akan memacu dan memberikan semangat kepada kita untuk meningkatkan kemampuan diri dengan berusaha mencapai semua wishlist yang disenaraikan. Setkan minda kita yang kita mampu mencapainya..yakin pada diri dan jangan sesekali kita berfikir tentang kegagalan sebaliknya perlu beranggapan yang kita akan berjaya...fikir mudah dan jangan fikir susah..fikir yang kita boleh! Kita perl...

Ikan Pekasam Goreng...

  Dua tiga kali doh dok buko peti ais ni ternampak aje di depan mata sebekas ikan pekasam kat satu sudut peti ais ni. Tapi tidak2 juga mencapainya untuk dimasak. Itulah hakikat hidup ni..kalau belum digerakkan Allah untuk kita mencapai maka duduk lah kat situ dulu pekasamnya. Pagi ni teringat nak goreng, makanya bekas ikan pekasam ni dicapai tangan..ada dua jenis ikan di dalamnya, iaitu ikan talapia dan ikan lampam jawa. Kebiasaannya ikan yg dijadikan pekasam adalah kedua ikan ini, dan ikan sepat, dan sudah pasti ada lagi ikan2 lain yang saya tidak tahu namanya.😅 Justeru, saya goreng dgn bawang holland dan lada cengik (cili api). Risau kot dia masam sgt, makanya saya "peru" gula dan garam cket..sekadar nak bagi balance saja rasanya. Pekasam yang ni jenis yang keras sikit, so dia tak hancur...kalau ikut taste saya, saya suka yang hancur tu. Pada saya yang hancur tu lagi sedap bila berpalut elok dengan bawang holland, cili api dan minyak menggoreng tu. Nak dptkan ikan pekasa...

Santai Diri...

  Apa plan kita agaknya hari ni? Sudah pasti semua kita mempunyai plan masing2. Walau apapun plan kita, yang penting adalah sentiasa ada matlamatnya, sentiasa enjoy dengan apa yang kita buat, dan kita jelas tentang apa jua risiko dan implikasi terhadap apa jua yang kita lakukan. Sentiasa positif, berlapang dada dan redha itu wajib...kalau belum sampai di situ, sama2 kita latih diri😀 Life ini sangat mudah bila kita permudahkan dan sangat complicated bila kita complicated kan...Pilihan ada di tangan kita. Kata orang, tepuk dada tanya selera.  Justerunya, tak usahlah dirumitkan apa jua perkara yang datang. Permudahkan...fikir mudah insyaAllah semua mudah. Wallahua'lam.

Nasi Goreng Simple Dan Sedap...

Nasi goreng yang sangat mudah untuk disediakan. Kalau kita rasa malas sekalipun, insyaAllah bila benda tak rumit kita akan buat juga. Ore kelate kata nasi goreng ni nasi goreng "capok-capok". Apa yang ada "campak-campak" saja dlm kuali. Nasi goreng ni, saya taruk rencahnya ikan bilis dengan telur saja. Teringat nasi goreng ike rebus, tapi tak dok ike rebus...makanya apa yang ada Saja. Next time kita buat nasi goreng ikan rebus. Bercerita pasal nasi goreng ikan rebus ni, teringat zaman kanak2 dulu. Jiran sebelah rumah selalu buat nasi goreng ikan rebus ni. Nampak memang sangat sedap, tapi masa tu saya tak makan sebab masa kanak2 dulu memang jenis tak makan ikan. Hanya ikan tongkol saja yang dimakan. Tapi sekarang ni semua jenis ikan dah makan kecuali ikan keli dan ikan haruan sampai sekarang memang tak makan. Kata P. Ramlee buat nasi goreng ni kerjanya enteng saja (mudah saja). Betul la tu kan...ada "nasi dingin" (cara ore kelate panggil untuk nasi yang dim...

Roti Lembut Gebu Kaedah Tangzhong..

Lewat malam tadi sibuk pula minda ni teringat nak membaking roti. Tiba2 jadi teringat ni sebab gara2 dok tengok2 info2 di youtube kot ada yang menarik perhatian saya..tiba2 muncul di skrin resepi roti paung ni. Lama sangat dah rasanya saya tak buat roti ni. Tiba2 rasa nak buat. Fikiran menerawang membayangkan roti hasil tangan sendiri. Aduhai tak sabar la pulak. Hmmmm..sudahnya hari ni tak sabar nak keluar awal dari ofis untuk buat roti ni yang sejak malam tadi mengganggu fikiran. Dalam pukul 5.30 pm saya dah tinggalkan ofis. Bercerita tentang bahan2 buat roti ni, awal2 lagi masa lunch time tadi called Mr. Husband minta belikan tepung roti, yis, fresh milk dan inti kacang merah (readymade). Bahan2 lain memang dah ada kat rumah. Roti punya pasal, sempat pula mendail Mr. Husband..hehe kalau tidak, tak adanya menyempat untuk hello.. Justerunya sampai aje di rumah terus aje ke dapur...tak sabar la pula nak lihat roti ni siap dan terhidang di meja. Saya plan buat roti kosong aje...mmg niat ...

Jepput Bilis Sedap...

Semalam melihat posting seorang sahabat di media sosial tentang "jemput-jemput". Makanya hari ni beri idea untuk saya buat Jepput Bilis ni. Kebetulan memang teringat nak makan musim2 hujan ni. Ditambah pula dengan kopok toko goreng dan dimakan panas2, memang ngamm sebab guna pencicah sama untuk both menu. Teringat masa di kampung dulu, kalau musim banjir memang sedap sangat jadinya jepput ni. Ya..la kita tak dpt ke mana-mana, terkepung dengan air...makanya setiap pagi menu drpd tepung gandum la yang menjadi pilihan. Dan jepput ni pula memang sedap...makanya onzzz la kan. Mengimbau zaman2 banjir di kampung dulu. Bahan-bahan asas yang wajib dan mesti ada di rumah adalah beras, tepung gandum, ikan kering, telur, ikan sardin, dan ikan bilis. Pelbagai jenis ubi tu memang ada disimpan, untuk buat ubi rebus atau kuih2. Tepung gandum tu untuk buat pelbagai jenis menu seperti lempeng, jepput, dan kuih-muih lain yang hampir 90% menggunakan tepung gandum.  Bercerita tentang banjir, kala...