Skip to main content

Posts

Membayangi Ajal Menjemput...

Tiba-tiba terbayang dan berfikir tentang kematian. Tentang ajal yang boleh menjemput pada bila2 masa. Allahuakbar...malam ni rasa sakit dan ngilu di dada ni mengganggu rasa dan perasaan...rasa "menghimpit" lain macam dan berbeza sedikit berbanding selalu...Allah... Dalam menahan rasa, terbayang di ruangan mata rakan2 seperjuangan yang lebih awal pergi...kalau diingatkan kembali saat2 bersama dalam tugas memang tidak terfikir mereka begitu awal dijemput Allah...tapi itulah hakikat dan realitinya...mereka telah tiada di dunia ini...mereka telah pergi. Al-Fatihah, semoga roh mereka tenang di sisi Allah. Kembali kepada diri sendiri saat ini...termenung seketika dan membayangkan andai ajal datang menjemput, mungkin mlm ni, mungkin esok, dan mungkin lusa...Allahuakbar...semoga Allah panjangkan usia yang masih berbaki ini untuk meningkatkan amal dan ibadah dan mencari Redha-Mu...ameen. Memikirkan tentang usia pula...andai dikira dengan umur Rasulullah SAW wafat..di usia 63 tah...

Terapi Diri Bersama Alam...

10 Oktober 2019 #TerapiDiriBersamaAlam #BersatuDenganAlam Setiap hari, bila nak keluar kerja latih diri dan set minda kita yang "kita keluar bekerja itu niatnya kerana Allah"...apa saja yang kita lakukan niatnya hanya kerana Allah...ikhlaskan diri dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri...bermonolog la dgn diri untuk mencari ruang kelemahan yang perlu diperbaiki...dan dalam masa yang sama memohon petunjuk dari-Nya...saya dapati bahawa hati dan jiwa kita lebih damai dan tenang bila kita amalkan begini.  Semua orang tahu tentang ini, cuma selalunya kita terlupa lafazkan niat itu...bisikan dlm hati atau dilafazkan secara perlahan.. Dalam perjalanan ke tempat kerja...pernah kah kita terfikir untuk bersatu dengan alam, yakni "menyapa, berbaik dan bermesra dengan alam" ...dgn2 makhluk Allah yang lain yang turut "hidup" dan bernafas" seperti kita. Berinterasksi dengan alam semesta dan memberikan respon kita kepada alam...kita perlu fahami ...

Melukut Di Tepi Gantang...

Saya tertarik untuk membicarakan tentang perumpamaan "Melukut di Tepi Gantang"...ada cerita di sebaliknya mengapa tiba2 saya ingin menulis tentang perumpaan ini sesambil memahatkan ianya sebagai kenangan dalam blog saya ini tentang peristiwa yang berlaku. Banyak perkara sebenarnya boleh ditulis tentang cerita "Melukut Di Tepi Gantang"...saya sekadar ingin mengupasnya secara umum sahaja.😁 Seharian tadi berkebetulan bersama team menghabiskan masa untuk satu task yang dipertanggungjawabkan. Dalam dok buat kerja bersama team..of course la ada gitu gini yang kita bualkan sebagai selingan...dan ada gitu gini juga yang tercetus atas karakter tertentu sehingga membawa kepada "konflik jiwa dan perasaan secara halus" bila perkataan "Melukut di tepi gantang" tiba2 voice out.. aduhai... Jom kita tengok maksud "Melukut di Tepi Gantang". Perumpamaan ini bermaksud seseorang yang merasakan dirinya tidak penting, tidak berguna, tidak bernilai ...

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan conf...

Pelayaran Bahtera Kita Kemudikan...

25 Sept 2019 Malam ni baru saja lepas bersembang di whatsApp dengan bff. Lepas selesai bersembang saya fikirkan balik apa yang dia sebut tadi. Seakan macam logik juga kebenarannya...hmmm benar atau tidak seperti disebut hanya Allah yang tahu. Biarkan sahaja..itu rahsia Allah...kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Dalam hidup ini rasa kecewa dan terkilan itu adalah lumrah. Kecewa itu adalah mainan rasa di hati. Bukankah ini ada pelengkapnya dan pasangannya masing-masing bagi setiap sesuatu itu...jadinya, sama la juga dengan kehidupan..suka lawannya duka, bahagia lawannya derita, kecewa lawannya senang hati dan macam-macam rasa lagi kan...justeru, pada setiap saat itu hati dan mental perlu sentiasa bersedia dan sentiasa sematkan di hati bahawa itu semua datangnya daripada Allah...berdoa selalu agar Allah sentiasa berikan kita perlindungan dan dipermudahkan segala urusan. Roda kehidupan sentiasa berputar 360 darjah dengan cukup lengkap rasanya. Rasa gembira, bahagia, sedih, s...

Cerita Lai Chee Kang...

Bila dapat memberi huraian tentang sesuatu...mmg bagai satu terapi diri. Terapi ni ada pelbagai bentuk... terpulang kpd individu masing2...terapi diri untuk saya selain memasak adalah menulis...mmg suka bila dapat menulis...walaupun tulisan tak seberapa, namun ianya boleh  mendamaikan rasa dan menyegarkan minda... Hokey, sebenarnya nak tulis pasal menu pilihan "lai chee kang" ni. Dulu2 saya tak suka sgt rasa lai chee kang ni...walaupun ia adalah pilihan yang sangat bagus untuk menyejukkan badan dgn campuran semua bahan2nya tu .... Ada beberapa sebab mengapa saya tak suka: 1. Bau penyatuan bahan2 nya tu macam lain macam sikit dan saya tak suka bau mcm gitu. 2. Warna airnya macam cincau mmg confirm saya tak suka sbb saya mmg tak suka cincau 3. Sejenis rumpai bernama "biji/ pucuk kembang semangkuk" ni mmg saya tak suka rasa dia...bila kunyah mcm rasa kunyah plastik gitu...aduhai 4. Saya juga tak suka katira tu...bila kunyah macam ngilu pulak rasa dia...

Merenung Kehidupan...Masa Sepantas Kilat

Malam semakin lewat. Melihat jam di handphone ni telah menunjukkan pukul 1.57 am...aduhai la mata...dia buat hal lagi...seminggu ni sukar betul mata nak dilelapkan. Tak pasti mengapa...banyak sangat kah berfikir?  Tidak juga... Cuma malam ni bila tak dapat tidur tiba2 fikiran melayang dan berfikir tentang kehidupan ini. Memikirkan usia yang semakin menganjak dan masa yang begitu pantas bergerak...Allahuakbar. Sehari yang berlalu umpama beberapa jam saja...seakan sepintas cuma...baru sekejap bermula pagi tiba2 dah petang...kemudiannya malam dan dah esoknya...satu hari sekarang seakan bukan 24 jam lagi...walhal memang tetap 24 jam sebab satu putaran sehari semalam tu memang 24 jam. Seminggu itu bagaikan kilat...baru hari ni melalui Sabtu dan Ahad..eh eh tiba2 sesingkat cuma bertemu pula pusingan Sabtu dan Ahad berikutnya. Begitu juga bulan, baru saja memasuki awal bulan, eh eh tiba2 dah di penghujung bulan dan dah mula memasuki bulan yang baharu...baru semalam saj...