Skip to main content

Posts

Amalan Positif Untuk Tenang dan Bahagia dalam Kerjaya

Sekadar berkongsi tentang tips dan amalan positif yang kita semua dapat praktikkan dalam kerjaya mahupun kehidupan. Dalam hidup dan dalam kerjaya biasakan dan latih diri untuk praktikkan: ☕ Sentiasa positif, senyum & ceria ☕ Buat dengan bersungguh2 ☕ Selesaikan sehingga sudah ☕ Hormati pemikiran orang lain ☕ Hindari sifat sombong ☕ Utamakan kepuasan hati kedua2 belah pihak ☕ Jujur & Berintegriti ☕ Permudahkan dan jangan menyulitkan ☕ Beri layanan sama rata ☕ Amalkan konsep Empati dlm diri ☕ Amalkan konsep NLP ☕ Hormat-menghormati ☕ Menguasai kerja/bidang kita ☕ Sentiasa menghargai ☕ Lakukan dari hati ☕ Lakukan dengan Ikhlas ☕ Toleransi tinggi ☕ Doa Latih diri kita untuk semua ini...insyaAllah lancar dan mudah segala urusan kehidupan juga urusan kerja...😊 #komunikasidihati RZH

Tips Menguruskan Rasa Gelisah Bila Fikiran Sering Memikirkan Kerja

Salam bertemu kembali buat semua...sekian lama rasanya tidak menjenguk ke blog anggerikdesa due kesibukan yang agak tahap dewa...hehe...terlalu banyak perkara yang perlu di settlekan dan difikirkan...semuanya berlaku dgn cepat...bercampur pula tahap kesihatan yang tidak begitu mengizinkan...makanya menyepi lah seketika "berada" di blog...last jenguk di sini pada akhir November 2018..dan hari ni 9 Mac 2019...hampir 4 bulan berlalu😱...how time flies... Walau bagaimanapun...anggerikdesa tetap tidak dapat lari dari dunia penulisan...time2 tertentu bila idea dtg tetap menulis juga di FB...sekadar penulisan berkaitan tips2 simple saja...jadinya hari ni bila kembali ke blog, just transfer saja penulisan di FB masuk ke blog dengan sedikit tambahan dalam garapannya... Hari ni saya muncul kembali menulis dengan tajuk dinyatakan...sekadar berkongsi ttg perkara ini sesambil melayan rasa kerinduan kepada blog yang telah lama ditinggalkan sepi...  Jom kita "sembang-sembang...

Persahabatan & Jenis Sahabat...

Persahabatan yang terjalin antara kita dengan sahabat-sahabat di sekeliling kita atau yang berjauhan adalah sesuatu yang perlu dihargai kerana nilai sebuah persahabatan itu sangat tinggi dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit . Sahabat yang sejati adalah sahabat yang akan bersama kita dalam suka dan duka dan sentiasa saling membantu dalam apa jua keperluan. Sahabat sejati juga akan sentiasa saling mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat mereka. Sahabat sejati sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia dan bersabar dalam menjadikan dirinya sebagai tempat kita berkongsi segala masalah dan memohon sokongan di saat kita sedang "down"...itulah sahabat. Seorang sahabat ini, dia sanggup untuk susah dan payah bersama kita...sentiasa bersama kita di saat kita dalam kesusahan dan kesakitan...menyimpan segala masalah kita, menyimpan segala keaiban kita, tidak menaruh perasaan cemburu dan iri hati dengan kita, sentiasa menegur kita demi kebaikan kita, sentiasa melindun...

Bila Allah Kejutkan dari Tidur di Waktu Malam Maka Bangunlah Bertahajud...

Sekadar penulisan ringkas sahaja mengenai mahalnya nilai dikejutkan di awal pagi atau satu pertiga malam tanpa kita "setkan alarm" ...Allah hantar malaikat untuk kejutkan kita dari kesedapan tidur...kuasa Allah mengejutkan kita dan bagaimanakah cara kita memberikan rasa penghargaan kita kepada-Nya apabila situasi ini berlaku... Hidayah itu milik Allah..andai Allah memberi satu-satu hidayah itu...Allahuakbar alangkah bertuahnya insan itu...begitu juga andai kita yang dipilih untuk Allah kejutkan di awal pagi di sepertiga malam..maka bersyukur lah...bukan sengaja begitu-begitu saja sebenarnya kenapa kita tiba-tiba terjaga dari tidur...mungkin terjaga sebab nak ke bilik air... sakit perut, nak buang air, terbatuk atau tersedak tiba-tiba atau apa saja penyebab kepada terjaga itu...sebenarnya itu bukan saja-saja berlaku...Allah sebenarnya mengejutkan kita untuk kita menggunakan peluang itu untuk bertemu dengan-Nya...bangun mengerjakan solat tahajud ini bukan mudah untuk dilakuka...

Mencari Hikmah di Sebalik Duka...

Petang tadi sempat membelek sekejap Buku hasil penulisan Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...buku ini sebenarnya telah sekian lama dibeli..rasanya dah empat lima tahun kot...ermmmm begitu cepat masa berlalu...buku ini masih tersusun elok di rak buku...saya sengaja mencapainya petang tadi..sekadar membelek-belek...dan dari situ timbul idea untuk menulis tentang tajuk "mencari hikmah di sebalik duka" Kalau dilihat kepada skop tajuk ini memang sangat luas ruang lingkup yang boleh kita sentuh dan tulis...terpulang kepada kita ingin mengambilnya dari aspek mana...yang pasti apa jua aspek yang kita pilih..gis nya tetap berkaitan dengan kedukaan dan kesedihan di jiwa kerana kita ingin bercakap tentang hikmah di sebalik rasa duka dan sedih ini. Dalam hidup ini, sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan sudah pasti kita akan melalui rasa suka, duka, bahagia, dan derita...ini semua adalah lumrah perasaan yang sering berputar dalam kehidupan kita. Datang dan pergi silih b...

Kebahagiaan Dalam Meraikan Hari Lahir...

Hari lahir adalah hari yang kita dilahirkan ke dunia...hari yang kita mengenal dunia walau pada saat itu kita masih belum mengerti apa-apa..dilahirkan sebagai bayi yang suci bersih seperti kain putih.  Tidak tahu apa-apa..hanya tahu menangis, minum susu dan dan menggerakkan anggota badan...semuanya kejadian dan kebesaran Allah..seseorang manusia itu dikeluarkan dari alam perut ibunya dan lahir di dunia dan melalui pula alam dunia yang didalamnya penuh dengan keindahan, kebahagiaan, kesakitan, keperitan, kesulitan dan sebagainya lagi dengan ujian dan cabaran yang Allah berikan. Hari lahir adalah hari yang paling istimewa, paling dingati, dikenang dan paling bersejarah dalam hidup seseorang. Semua orang pasti mempunyai tarikh lahir masing-masing yang tertulis dalam kitab Allah..juga tertulis di Surat Beranak yang wajib didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Negara. Semua orang pasti akan meraikan hari lahir masing-masing...pasti akan mengingati hari lahir masing-masin...

Resepi Sedapzaini: Spageti Bolognese Special

Sudah lama tidak berkongsi resepi di sini. Hokey, untuk entri kali ni saya ingin berkongsi resepi untuk membuat spageti bolognese...secara terus terang saya tak berapa gemar sangat spageti bolognese...saya lebih prefer spageti carbonara...tapi sebab Mr. Husband dan anak-anak lebih suka bolognese makanya saya selalunya bila masak spageti... bolognese lah jawab nya... Spageti ni adalah sejenis pasta berasal dari Itali...masakan Italia. Memasak spageti ni memang sangat mudah...ore kelate kata "semesek jah"...saya percaya semua orang yang jenis suka masak pasti akan tahu untuk masak spageti...cuma yang berbeza adalah taste nya saja...setiap orang mempunyai taste masing-masing...kesedapan dalam memasak ni adalah subjektif sifatnya bergantung kepada citarasa seseorang itu. Okey jom kita terus kepada bahan-bahan untuk membuat kuah spageti bolognese. Bahan-bahan: 1. For sure la spageti. Mana-mana brand pun ok. Satu peket 2. Sos bolognese - yang tradisional sama ada d...