Skip to main content

Kuih "Apong Kastard" Kelantan (Apam Puri)


Sudah menjadi kebiasaan, bila mata sangat sukar untuk dilelapkan. Akhirnya kembali capai phone dan menulis. Menulis dalam kegelapan malam dengan hanya ditemani cahaya dari skrin phone, sebenarnya tak bagus untuk mata..hhmmmm.

Makanya menulis la yang simple2 dan tak berat sangat fikiran untuk "diperah". Kalau sekadar penulisan santai, makanya menulis resepi la yang paling sesuai.

Okey boleh la...daripada melayan kesukaran mata untuk lelap, makanya masa digunalah dulu untuk sesuatu yang berfaedah, walaupun hakikatnya lewat tidur sangat tidak bagus untuk kesihatan, terutamanya di usia yang sudah lewat...aduhai...hmmm. Esok pagi confirm kacau "kestabilan diri".

Lewat petang tadi teringat sejenis kuih kelate yang memang masa kecik2 dulu selalu makan. Saya tak pernah lagi buat kuih ni...kalau di kelate, kami panggil "apong kecik"...kalau belah luar apam la. Cuma apam ni special dan unik sikit sebab bentuknya yang kecik2 dan intinya dari kastard dicampur dgn beberapa bahan lain. Saya mahu citarasa yang saya inginkan, makanya mengubahsuai bahan2 yang digunakan mmg itu normal pada saya..hehe.

Jom kita tgok bahan2nya dulu. Kita bahagikan kpd dua, iaitu, bahagian inti dan bahagian kulit.

Bahagian inti:
1. Satu cawan gandum
2. Satu cawan gula
3. 2 sudu besar kastard
4. Dua sudu besar susu cair
5. Satu sudu besar butter
6. Satu sudu besar susu lemak manis
7. Sehelai daun pandan disimpul
8. 3 cawan air

Cara2:
Kesemua bahan dikisar sebati. Boleh masukkan color pink jika suka inti berwarna pink atau blh kekalkan warna asal. Kemudian masukkan dlm periuk, masukkan daun pandan yang telah disimpul, kacau atas api perlahan. Mesti guna api perlahan supaya adunan inti smooth dan tidak berketul2. Mungkin dalam tujuh lapan minit bila adunan sudah likat api blh dipadamkan dan inti diketepikan dulu.

Bahagian kulit:
1. 2 cawan tepung gandum
2. Tiga sudu gula
3. Satu paket yis
4. 2 cawan air
5. Butter satu sudu
6. Telur satu biji

Cara2:
1. Blend semua bahan.
2. Asingkan kpd dua bahagian untuk dapatkan warna kulit yang berbeza. Terpulang kpd warna pilihan masing2.
3. Biarkan adunan dalam 5-10 minit.
4. Boleh dibakar atas ceper tanpa dibalikkan. Satu keping kulit guna satu senduk kecil saja...senduk kuah yang kecil tu..adunan tak blh tebal. Adunan dalam bentuk bulat separuh saiz tapak tangan sahaja. Lagi kecil lagi comel sebenarnya, tapi kalau kecil sgt nanti susah nak letak intinya.
5. Setiap adunan kulit dibakar sekejap saja. Selepas diangkat terus letak inti, dan susun terus di atas pinggan.

Maka siaplah proses membuat kuih apong ni yang sayang panggil "apong kastard"...ada yang panggil "apam puri"...hanya sekadar nama diberi saja...masa saya kecil dulu kuih ni dikenali sebagai apong kecik aje...kini telah diberi nama baharu "apam puri"...😁

Antara gambar2 kuih ni:







Selamat mencuba buat semua!


Salam hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...