Skip to main content

Intro Kepada Ilmu Magnet Rezeki

Kembali ke blog malam ni...bila tgok posting terakhir adalah pada 29 Februari...begitu cepat masa berlalu, mmg bagai kilat...sudah enam hari rupanya tak sempat menjenguk ke sini...rasa baru semalam..hmmmm.

Dalam seminggu ini tidak ada idea untuk menulis...tidak pasti mengapa...mungkin agak kepenatan, tak ada mood, atau sibuk dengan perkara lain...jawapannya tak berapa pasti. Tapi rasa-rasanya sebab kepenatan. Saya cukup percaya, bila kita penat kita tak akan mungkin mempunyai idea untuk menulis.

Entri malam ni nak tulis simple sahaja...tapi mungkin bermanfaat buat kita semua. Saya ingin berkongsi tentang ilmu "Magnet Rezeki" yang semenjak dua menjak ni saya baru explore dan slowly cuba memahami dan mempraktikkannya.

Ilmu ini adalah ilmu yang saya dapat daripada ilmu yang dipelopori oleh Ustaz Nasrullah dari Indonesia...saya mengenalinya kerana gabungan kepakarannya bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya dari Malaysia. Itupun kerana dikongsikan oleh adik saya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Magnet Rezeki?
Magnet rezeki adalah merujuk kepada kita meraih rezeki kekayaan, kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang diberkati dan dirahmati melalui cara yang tidak disangka-sangka dan penuh keajaiban. Rezeki ini datang kepada kita dengan keizinan Allah apabila kita mempraktikkan kehidupan dalam radar yang Allah redhai.

Daripada segi konsep asasnya kita perlu betul-betul memahami, menghayati dan meyakini bahawa bukan makhluk yang memberi rezeki, kerana itulah tauhid keyakinan kita perlu diletakkan di tempat yang betul. Hanya Allah yang memberikan rezeki kepada hambaNya. Usah sandarkan harapan kepada makhluk, duit, harta, kuasa, pangkat dan sebagainya kerana itu semua boleh ditarik sekelip mata oleh Allah Yang Maha Berkuasa. 

Keindahan takwa kepada Allah Azza Wajalla inilah sebenarnya pintu segala pintu rezeki, apabila kita yakin dengan Ar-Razzaq maka sudah pasti Dia membuka dan mempermudahkan segala urusan hidup, meleraikan segala kekusutan minda dan hati, mengurniakan rezeki dari atas bawah kiri dan kanan segenap sekeliling kita tanpa disangka-sangka (Fahmy Adam).

Justeru, untuk mencapai rezeki Allah ini dan menjadikan diri sebagai magnet menarik rezeki, kita perlulah menjalanilah hidup dan memptaktikkan dalam dunia realiti dan "dunia Quantum" dengan prinsip-prinsip wajibnya, iaitu:

1. Solat dan zikir
2. Hati mesti baik
3. Tidak menyakiti hati orang lain
4. Tidak sombong
5. Tidak merungut, komplen dan mengomel
6. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.
7. Istiqomah Bersedekah
8. Sentiasa memikirkan yang baik2 kerana apa yang difikir itu adalah doa.


Sekadar bicara lewat malam.

Salam Hormat
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...