Skip to main content

Kek Marble Sedap Mabeles...



Dua tiga hari dah tertangguh untuk buat kek marble ni...hati masih rasa sedih dengan sebuah kehilangan...kehilangan yang tidak mungkin kembali lagi. Saya off sekejap dari semua aktiviti...

Namun malam tadi menerima satu mesej dari seseorang yang begitu dekat di hati saya...pesannya agar jangan terbawa-bawa sangat dengan rasa bersedih itu..thanks for your concern...really appreciate it. Saya pun tertanya2 juga mengapa instinct nya begitu tinggi sehingga dapat merasai yang saya masih bersedih...hmmmm...

So...hari ni saya mula membaking...meneruskan hasrat membuat kek marble yang tertangguh ini. Saya hepi bila anak2 masih nampak suka sangat lagi untuk menikmati kek hasil tangan mama mereka...untuk kek kali ni saya letak warna cket, makanya jadi la kek marble.

Kek marble ni resepinya sama saja dengan butter cake yang telah saya buat di entri terdahulu, cuma beza kek marble dengan butter cake hanyalah warnanya saja...dan bezanya pada suhu membakarnya...kek marble perlukan suhu yang sedikit rendah banding dgn butter cake kerana dgn suhu yang rendah kita dpt menjaga tahap kepanasan oven daripada merosakkan lorekan kita pada kek😅

Saya menggunakan tiga warna yang dimasukkan secara berselang seli dalam loyang, iaitu warna asal adunan, warna merah dan warna coklat. Dan suhu oven adalah 150 C dibakar selama 50 minit. Mmg ngam dah masa tu, tapi bergantung kepada oven masing-masing juga ya.

Dan hasilnya alhamdulillah...






Selamat mencuba bagi yang suka dengan kek marble ni...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...