Skip to main content

Resepi Sedapzaini:Tauhu Begedil Istimewa


Assalamualaikum...
Salam 13  Ramadan
dan salam sejahtera buat semua yang singgah di blog...

Sudah dua minggu rupanya saya tidak menulis dan tidak sempat jenguk ke blog...due to macam2 kesibukan..

Begitu cepat masa berlalu..last posting adalah pada 8 Mei dan mlm ni 18 Mei...tak sedar masa berlalu begitu pantas...bagai kilat...Allahuakbar...

Sekadar lari topik sikit...bila memikirkan "masa bagai kilat ni" saya terkenang kembali kata2 arwah nenek dan arwah mak saudara saya belah ayah hampir 35 tahun yang lampau..kata arwah "esok2 dekat nak kiamat masa jadi sangat cepat berlalu"...ya betul, baru melalui waktu pagi..tiba2 dah muncul petang...dan muncul malam dan esoknya pula...tiba2 tanpa sedar dah seminggu rupanya...bulan dan seterusnya tahun. Bulan ke bulan, tahun ke tahun tu bagai pendek betul...baru semalam rasanya 2018...ini dah di pertengahan 2019...sedikit masa lagi 2019 juga "lenyap"...Allahuakbar...speechless tiada kata terucap melainkan kembali kepada kebesaran Allah...

Realitinya dunia hari ini...
masa sangat pantas dan cepat beredar... itu yang saya teringat kata2 arwah nenek dan emak saudara saya walaupun telah hampir 35 tahun keduanya meninggalkan saya dan keluarga...rindu sangat saya kepada arwah...Al-Fatihah..
Semoga arwah wo dan mok tijah damai di sana...di sisi Pencipta yang maha Agung...kami semua menyusul nanti...masanya hanya Allah yang tahu...

Orait kembali kita kepada apa yang ingin saya share di entri kali ini...perkongsian mengenai resepi Tauhu Begedil... Alkisah mengapa saya buat tauhu begedil untuk juadah berbuka hari ni...sebabnya resepi ini tiba2 "lalu" di facebook saya...
makanya terus saya excited nak membuatnya...tapi for sure lah ada yang saya tambah situ sini dari resepi asal...saya buat ikut citarasa saya...walau bagaimanapun harus diberi perhatian, bahawa banyak cara yang digunakan untuk membuat resepi ni dan sudah pasti ianya berbeza di antara setiap orang sebab perbezaan ini ditentukan oleh citarasa masing2.

Ini kali pertama saya buat sendiri sebenarnya...selalunya saya beli...hari ini berkesempatan untuk buat..makanya saya buat untuk juadah berbuka hari ni...bila buat sendiri memang akan puas hati sebab lebih sedap kerana kita dapat adunkan mengikut citarasa kita sendiri...

Bahan-bahan:

1. Bawang Holland 1/4 labu/biji - potong halus dadu. Resepi asal tak taruk..saya  ikut citarasa saya. Bila taruk bawang...aroma bawang yang ditumis tu akan lebih menyedapkan rasa.

2. Kentang saiz besar 3 biji. - dipotong nipis..dan goreng bagi tujuan melembutkan dia..dan bukan sampai garing ya. Setengah orang rebuskan saja...tapi saya prefer digoreng sebab aromanya dan rasanya nanti lebih sedap. Untuk cara potong tu boleh lihat gambar di bawah.

3. Daging kisar 3/4 drpd bungkusan saiz kecil daging kisar berkenaan.

4. Cili api lima enam tangkai - resepi asal tak bubuh. Saya letak kerana nanti inti begedil ni akan ada rasa pedas cket2..lengkap dgn rasanya yg lain...di samping aroma cili yang lebih menyedapkan inti.

5. Daun sup empat tangkai - mayang halus.

6. Garam dan gula secukupnya. Juga lada sulah.

7. Telur 2 biji - dikacau dan dimasukkan sedikit lada sulah.

Bahan untuk sambal kicap cair2:
1. Cili api 7 tangkai
2. Bawang putih satu ulas..potong dua kalau ulasnya besar sgt. Bawang putih tak boleh byk sangat nanti tak sedap sebab baunya kuat sangat dlm kuah nanti.
3. Gula 3 sudu - bagi yang tak suka manis, boleh agak2 sendiri ya.
4. Kicap setengah cawan dan campur sedikit air untuk cairkan sedikit kepekatan kicap tu.
5. Blend semuanya sehingga hancur..kalau rajin boleh ditumbuk...tapi blend pun okay..tidak mengubah apa2 rasa sebab sambal kicap ni memang kena cair cket untuk dibuat cicah nanti.

Cara-cara:

1. Kentang yang digoreng bila dah empuk..jangan sampai garing ya..kentang ini dilenyek atau ditumbuk..saya lenyek saja sehingga hancur...

2. Tauhu goreng sebungkus (rasanya ada lebih kurang 20 ketul dipotong permukaan atasnya bentuk X bagi tujuan untuk masukkan inti nanti. Sebelum tu isi tauhu perlu dikeluarkan dahulu..proses ini kena buat perlahan2 sebab tauhu goreng ni agak lembut juga..sat lagi kalau buat kasar2..karang terkoyak habis kulit tauhu tu...dah nanti tak dpt sumbatkan intinya.

3. Untuk inti - tumis bawang holland tadi sehingga sedikit garing, masukkan daging kisar...tumis hingga daging masak...minyak masak untuk menumis guna sedikit sahaja sebab tak mahu nanti inti agak berminyak. Kemudiannya bila daging dah masak masukkan cili api..masukkan garam dan gula juga lada sulah. Gaul sebati sekejap dan padamkan api.

4. Kemudiannya campurkan daging ni dengan isi kentang yang telah dilenyek atau ditumbuk hancur tadi..masukkan daun sop yg dah dimayang halus..gaul sebati. Boleh tambah sedikit lagi lada sulah dalam inti yang telah siap digaul sebati tadi.

5. Sumbat inti secara teliti dan slowly ke dalam tauhu yang telah kita keluarkan siap2 isi tauhu tadi.

6. Bila telah selesai, celupkan tauhu begedil ni dalam telur yang telah dikacau dan dimasukkan sedikit lada sulah. Selepas dicelup dlm tepung  terus digoreng. Tempoh masa goreng memang sekejap sgt..sekadar nak palutkan saja telur ke tauhu ni...jadinya semasa proses menggoreng, api mmg kena slow dan dak boleh goreng banyak2 sekali..dlm 4 tauhu sekali goreng dan ulang proses ni sehingga semuanya siap digoreng.

7. Bila semua dah siap digoreng...
makanya selesai dan boleh dihidangkan..jangan lupa tauhu begedil ini dimakan dengan sambal kicap cair-cair cket...cara buat sambal saya dah tuliskan di atas.

Tauhu begedil ni boleh dimakan pada bila2 masa..pagi, tengah hari, petang dan malam..cuma dalam bulan puasa ni kena makan waktu malam aje la😂hehe...

Selamat mencuba buat semua..memang sangat sedap dan membuka selera..secara terus terang saya ni bukan peminat tauhu..tapi bila tauhu begedil ni saya jadi suka sebab intinya adalah kentang lenyek dan daging dan bukan inti tauhu tu semata2...memang superb rasanya bila dicicah dengan sambal kicap.

Selamat mencuba!

Beberapa keping gambar semasa proses menyediakan tauhu begedil










Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...