Lewat petang tadi teringin dan teringat nak makan puding raja ni. Puding raja ni sejenis dessert yang katanya berasal dari negeri Pahang...sempat google juga salsilahnya tadi...dessert ni dulu2 hanya di makan dalam istana sahaja, kerana itulah ia dipanggil puding raja. Namun demikian, di Kelantan juga ada dibuat puding ini...kalau ikutkan jala emas tu berasal dari Kelantan...agaknya resepi gabungan dua negeri...itu yang menjadikan dessert ni sangat sedap...hehe
Pada pandangan saya, memang kena nama puding raja ni dgn "penampilan" puding ni..dgn taburan jala emas dan pisang yang keemasan warnanya menampakkan dessert ini agak eksklusif dan ada prestij nya...rasanya pula memang sangat sedap...sape yang jenis suka dessert dan dalam masa yang sama penggemar pisang...
Memang teruja la dengan rasa dessert ni...
Famili saya di kampung rasa saya macam tak pernah la pula buat puding ni...kalau cocktail tu mmg biasa la dibuat...cocktail ni rutin kami. Salsilahnya tentang cerita puding raja ni, saya sebenarnya tertengok resepi ni di facebook..
sudahnya terliur la pulak sebab salah satu bahannya adalah pisang...dan pisang ni memang bahan utamanya. Saya ni kalau bab kuih atau dessert dari pisang mmg peminat setia...makanya wajib buat la...
Jom kita tengok bahan2nya dulu ya.
1. Pisang emas atau pisang lemak manis atau pisang raja semua ok. Saya guna pisang emas 20 biji.
2. Susu cair satu tin.
3. Gula
4. Esen vanila
5. Marjerin 1 sudu besar
6. Minyak masak
7. Air
8. Gajus dan kismis. Boleh tambah apa2 lagi ikut kesukaan masing2, ctnya ceri, beri dsbnya lagi.
9. Kuning telur 5 biji.
Cara2 membuatnya:
1. Pisang dikupas dan digoreng. Guna minyak masak dengan dicampur satu sudu besar marjerin. Goreng sehingga kekuningan...angkat dan ketepikan.
2. Untuk buat jala mas - telur kuning 5 biji dikacau. Masak satu cawan air dan satu cawan gula dlm periuk kecil atau kuali. Biarkan air menggelegak dulu dan gula telah hancur...telur dimasukkan dlm piping bag...tebuk hujungnya sedikit sahaja sbb jala mas ni lagi halus lagi cantik la...tapi saya buat pun tidak halus...jala mas untuk puding ni tak mengapa nampak kasar pun sbb nya nanti kita letak dlm puding tu dan kuah puding nanti akan menenggelamkannya...
dlm air tengah menggelegak, pipe kan telur tu ke dlm air panas dgn gula tadi..nanti dia jadi rambu ramba seperti dlm gambar...dah masak telur tu boleh diangkat.
3. Kuahnya pula - satu tin susu cair campur dgn satu cawan air juga dua sudu kastard untuk memekatkan kuahnya. Masukkan daun pandan dan satu sudu besar essen vanila, juga 4 sudu besar gula. Kalau tak suka manis boleh kurangkan gula. Kacau atas api sederhana..bila dah menggelegak dan nampak dah pekat, boleh diangkat.
4. Susun pisang dalam loyang, atau bekas kaca...taburkan jala mas, kacang gajus dan kismis...
last sekali curahkan kuah ke atasnya sehingga menenggelamkan semua bahan2 yang disusun tadi. Sejukkan dalam peti sejuk dan selepas tu boleh dihidangkan. Puding ni sedap dimakan semasa sejuk.
Puding raja ni memang sangat sedap. Tidak rugi untuk mencubanya...penggemar pisang
memang wajib cuba...sedap tidak terkata...inilah kenikmatan sebenar dessert...
Selamat mencuba!
Saya share beberapa gambar puding yang telah siap disediakan.
Salam hormat,
RZH
Nota: Terima kasih buat penyumbang resepi ini yang saya ambil di facebook. Semoga terus sukses buat puan!
salam puan, saya azima. minta izin nak cuba resepi ini
ReplyDeleteWssalam azima..ya dipersilakan azima...kalau dpt pisang raja lagi sedap untuk puding ini. Selamat mencuba..nanti boleh share respon azima ya🌹
ReplyDelete