Skip to main content

Ramadan Menggamit Rasa...


Ramadan bertandang lagi...
Rasa syukur dan terharu kerana Allah masih memberikan nafas untuk bertemu dengan Ramadan kali ini...berlalu jua 1439H dan kini bertamu 1440H.

Sebenarnya pada setiap kali penghujung Ramadan..mmg hati kita akan berbisik "adakah kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadan akan datang". Bisikan itu tidak akan mungkin ada jawapan...kerana soal sempat atau tidak sempat itu adalah rahsia Allah...bila masanya tiba...ajal akan datang jua menjemput...tidak
lewat dan tidak awal walaupun sesaat. Bergetar hati setiap kali memikirkan tentang ini...

Bila setiap kali Ramadan tiba, pelbagai perasaan hadir dalam diri...

1. Perasaan bersyukur kerana Allah masih panjangkan umur untuk bertemu Ramadan kali ini. Rasa sedih akan datang serentak kerana terharu Allah masih berikan ruang dan peluang...sedangkan kita hamba yang banyak kekhilafan.

2. Perasaan sebak dan terharu sebab tidak pasti adakah Ramadan akan datang masih sempat bertemu lagi...atau jasad ini tidak lagi di bumi. Bila dibayangkan hakikat ini...hati kembali kepada-Nya...speechless...

3. Rasa diri sudah semakin tua...usia semakin menganjak ke nombor yang lebih besar...keadaan kesihatan juga tidak seperti dulu..satu persatu Allah hadirkan ujian kesihatan untuk memberikan keinsafan kepada kita...sebagai signal sebenarnya bahawa kita ini semakin tua...seharusnya slowly urusan kesibukan dunia ditinggalkan...
Sebaliknya kita meningkatkan amalan untuk bekalan menemui-Nya kelak...kita tidak pasti berapa detik lagi jantung kita akan bersenyut... terkadang sbg manusia..kita cepat lupa...semoga Allah sentiasa menguji agar kita tidak alpa dan hanyut...ujian itu sebagai tanda Allah sayangkan kita.

4. Perasaan sedikit tersentuh bila mengenangkan famili dan sahabat2 yang telah mengadap Ilahi...yang tidak lagi berada di dunia ini...yang sudah kembali kepada Pencipta-Nya...kerinduan kepada famili dan sahabat yang telah pergi sangat menggamit rasa ini...yang tinggal hanya kenangan...Al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita.

5. Ramadan ini membawa keinsafan...membawa jiwa untuk terus tawaduk kepada Allah...rasa diri terlalu banyak kekurangan...
terlalu tipis bekalan untuk menemui-Nya..Allahuakbar...rasa takut itu pasti.
Semoga Amal ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini Allah terima sepenuhnya...dan dimasukkan nur ke dlm hati untuk terus istiQamah...

6. Ramadan membawa kerinduan kepada kampung halaman...tempat dilahirkan...tempat membesar...
tempat kenangan dan memori dipahat...semuanya itu kekal segar di lipatan hati...apa yang paling diingati dan dirindui adalah saat  berbuka bersama dengan mak ayah dan adik-beradik...masak2 bersama...bangun sahur bersama...teringat kuih-muih dan masakan emak yang menjadi kegemaran....kini hanya mak dan ayah saja di kampung yang kita tinggalkan dalam keadaan usia mereka semakin lanjut...adik-beradik pula melalui kehidupan bersama keluarga masing2 dan berada jauh antara satu sama lain...Allahuakbar rindu sgt saat2 kecil membesar bersama...begitu cepat masa masa meninggalkan kita...bila kita toleh ke belakang..rupanya sudah berpuluh tahun kenangan itu kita tinggalkan...
semoga emak dan ayah kita di kampung terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam peliharaan Allah...juga semoga adik-beradik kita sentiasa dalam kebahagiaan menjalani kehidupan dengan keluarga masing2....aduhai "mata masuk habuk"...

7. Ramadan juga menggamit ingatan
dan kerinduan kita kepada sesuatu...sesuatu itu memang tidak  terluah...kekal "menjadi rahsia hati".

8. Setiap kali Ramadan, kita berdoa   untuk bertemu dengan lailatul qadar...Allahuakbar...semoga kita semua dalam redha dan kasih sayang Allah untuk dipilih dalam golongan terpilih ini...terimalah amal kami..
Tingkatkan amalan dan keimanan kami...ameen ameen ameen.

Sekadar perkongsian..suatu rasa yang dilalui pada setiap kali Ramadan tiba...mungkin rasa ini juga milik semua orang. Semoga Allah terus memberikan nur keinsafan buat kita semua..Diberikan kebahagiaan
berpanjangan dan dijauhkan dari segala kesulitan dan bencana...dan yang paling penting semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadan ini, juga hari2 selepas Ramadan dapat diterima Allah sepenuhnya....ameen...


Salam Ramadan,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...