Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Sagu Longan Bersantan

















Sagu longan bersantan ni adalah sejenis pencuci mulut yang boleh dimakan sejuk2 dengan dimasukkan ketulan ais di dalamnya. Longan tu boleh juga digantikan dengan laici atau rambutan. Memang sedap!

Bahan-bahan:
1. Sagu 2 cawan
2. Santan 2 cawan
3. Air 4 cawan
4. Secubit garam
5. 3 kerek gula nise/melaka
6. Gula 4 sudu besar
7. Daun pandan

Catatan: untuk 5 - 7 orang makan.

Cara-cara:

1. Bersihkan sagu, toskan.

2. Masukkan dlm periuk dan masukkan 4 cawan air dgn secubit garam dan sesudu gula, juga sehelai dua daun pada disimpul. Kalau suka sagu yg berwarna, bolehlah masukkan warna merah atau hijau. Saya suka warna putih aje. Masa sagu dah hampir masak boleh masukkan dua tiga sudu santan..lagi sedap nanti!

3. Kacau sehingga mendidih dan sagu kepekatan. Dalam 10 minit kot.

4. Setelah masak, tuangkan dlm loyang dan sejukkan..dah sejuk boleh simpan dlm peti sejuk.

5. Masakkan sekejap santan atas api, masukkan dua helai daun pandan. Perlu kacau, masak kejap sahaja dan tidak sampai mendidih dah siap tuangkan dlm bekas dan sejukkan. Kemudian boleh simpan dlm peti sejuk.

6. Masakkan pula 'nise cair'..gula melaka tu. Patah2 kan dan masuk dlm periuk, masukkan sedikit air, dlm 1/4 cawan. Kacau hingga mendidih dan gula melaka sudah hancur semuanya. Masukkan dlm mangkuk.

7. Kemudiannya boleh la dihidangkan. Makan ketika sejuk lagi sedap dan menyejukkan tekak. Ceduk sedikit sagu, masukkan santan, letakkan lima biji longan, masukkan dua sudu penuh nise cair, dan kemudiannya boleh masukkan ais...dan terus boleh dimakan...memang dessert yang sangat menyelerakan.



Selamat mencuba!!


RZH



Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...