Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Pengat Ubi Kayu
















Pengat ubi kayu ni kalau di kampung saya di Kelate, lebih dipanggil sebagai bubur ubi kayu. Bubur ubi ni sedap dimakan sama ada semasa panas atau disejukkan dalam perti sejuk. kedua-dua pilihan ni sedap. Tapi bila dah masak, memang akan terus dihidangkan panas panas. Semasa di kampung dulu, saya selalu buat bubur ubi kayu ni..memang salah satu favorite saya bila masak dessert.


Bahan-bahan:

1. Ubi kayu dalam beberapa potong (mungkin dalam tujuh potong saiz dua inci bagi setiap satu potong, cukup untuk dimakan satu keluarga).

2. Santan dalam RM6, lagi pekat lagi sedap.

3. 3 kerek Gula Melaka (Nise) dan dalam lima enam sudu gula, bergantung kepada tahap kemanisan yaang diingini.

4. Dua helai daun pandan

5. Secubit garam


Cara-cara:

1. Kupaskan ubi kayu. Potong kecil ikut saiz yang diingini. Saya suka potong empat sahaja seketul ubi yang saiznya dalam satu inci seketul tu. ada juga yang suka potong kecik-kecik macam dadu semuat masuk mulut, tapi saya tak suka sebab nanti bila proses merebus, hilang 'gebu berkapor' ubi ni sebab dia dah terselam air sepenuhnya dan masaknya nanti tidak gebu macam dibakar tu.

2. Basuh bersih dan rebuskan dahulu untuk empuk kan ubi kayu ini. Masa merebus ni, ada tipsnya untuk jadikan ubi kayu tu ore Kelate sebut 'berkapor'..maksudnya gebus gebas dan bahagian dalamnya putih berkapor, itu tandanya ubi tu nanti memang akan lemak dan gebu bila dimasak pengat nanti. Untuk dapatkan ubi yang sebegini, maka air masa merebus tu tidak boleh dimasuk banyak..dalam 1/4 periuk sahaja...jangan sampai ubi tenggelam...tapi perlu jaga2 apinya nanti sebab akan cepat hangit...periuk mesti ditutup..dan kena tengok selalu, kalau nampak air hampir kering dan ubi masih belum empuk, maka boleh tambah air sedikit....Saya selalunya akan selalu terhangit.hehehe. imaginekan macam ubi kayu yang kita bakar, apa jadi dengan isinya..gebu memutih kan...haaa mcm tu la lebih kurang yang kita nak...tapi dengan cara rebus...

3. Bila ubi dan empuk dan lembut, dan air rebusan juga sudah hampir kering, maka bolehlah masukkan santan tadi. Pastikan santan tidak terlalu pekat dan tidak cair...terlebih pekat tak mengapa, tapi jangan terlebih cair...tak sedap nanti pengat kita.

4. Masukkan Nise dan gula secukup rasa, juga secubit garam, api jangan terlalu besar, nanti berketul pulak pengat ni, kacau selalu selepas santan dimasukkan. Jangan lupa masukkan daun pandan yang telah disimpul bagi menambahkan aroma pengat ini.

5. Bila dah sekali dua menggelegak, maka pengat ini sudah boleh diangkat dan dihidangkan. Boleh dinikmati dengan air kosong sejuk...lagi best...atau dengan kopi o pun sedap juga...cuma manis lawan dengan manis tu...hehehe.

Selamat mencuba...saya jamin, bagi mereka yang suka dessert berkuah, mesti suka dengan pengat ubi kayu ini.


Salam Hormat


RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe