Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Nasi Goreng Simple















Nasi goreng ni saya panggil 'Nasi Goreng Simple' sebab ianya mudah dibuat dan bahan2nya pun sangat mudah..mesti dah ready kat dalam peti sejuk kita. Kadang-kadang berlaku, kita tak plan untuk buat nasi goring sebagai menu breakfast, tapi tiba2 rasa teringat lak nak makan nasi goring, makanya bolehlah selongkar peti sejuk hanya untuk cari cili api dan ikan bilis sahaja. Okey...kita terus tengok bahan2nya dan cara membuat nasi goring simple ini.
 
Bahan-bahan:
 
1. Nasi dingin (dipanggil nasi dingin sebab dah semalaman dimasak) dalam 5 pot nasi ya
2. Cili api dalam 10 biji
3. Secubit belacan (boleh skip kalau tak suka)
4. Ikan bilis dalam segenggam setengah.
5. Bawang putih 5 ulas
6. Bawang merah 8 ulas
7. gula dan garam, juga sedikit perasa kalau suka
8. kiub ayam (kalau suka)
 
 
Cara-cara:
 
1. Nasi dingin dalam periuk direlai-relai dan digembur2kan (diramas-ramas supaya tidak berketul). Masa proses ini masukkan terus satu sudu besar garam.
 
2. Rendamkan ikan bilis dengan air, bagi melembutkannya dan memudahkan proses menumbuk nanti.
 
3. Kupas bawang merah, bawang putih, basuh dan ketepikan.
 
4. Kemudiannya cili api dibuang tangkainya ddan dicuci bersih.
 
5. Mulakan proses menumbuk dalam 'lesung sambal' ya. Tumbuk dulu cili api, dah hancur sikit masukkan belacan, tumbuk lagi sehingga belacan juga dah hancur, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih..tumbuk hancur...kemudiaanya masukkan ikan bilis ditumbuk sebati bersama...bila ikan bilis dan ditumbuk sebati dengan bawang tu...jgn sampai hancur sangat ya..nanti tak sedap pulak nasi goreng kita.
 
6. Panaskan kuali atas api, masukkan minyak dalam 4 atau 5 sudu besar untutk menumis. Tumis dulu bawang yang ditumbuk tadi sehingga dah nampak keperangan (jangan terlalu garing), masukkan dalam dua sudu gula...kacau2 sekejap sambil renjiskan sedikit air bagi tujuan nak hancurkan gula dengan cepat...masukkan kiub ayam dan sedikit perasa...kacau sebati dan terus boleh masukkan nasi yang digemburkan tadi...garam tak perlu masukkan lagi sebaba tadi telah digaul dengan nasi...tapi kalau masih taak cukup masinnya, maka boleh ditambah sedikit lagi ikut citarasa anda. Kacau dalam lima ke tujuh minit dan boleh ditutup api dan dihidangkan.
 
7. Boleh ditambah dengan telur goreng mata kerbau ya bagi melengkapkan hidangan.
 
Selamat mencuba!
 
 
RZH
 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...