Skip to main content

Perjalanan dalam Karier

Aku menamatkan pengajian di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1997. Berkonvokesyen pada bulan Julai 1997. Tiga bulan kemudian mendapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir (kontrak). Melaporkan diri di Fakulti Sains Hayat pada 19 Oktober 1997. Semasa melaporkan diri aku sedang mengandungkan anak sulungku...sudah masuk 9 bulan kandungan pada masa itu.

Semasa melaporkan diri di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Pegawai incharge masa tu, terkejut besar bila melihat aku dengan kandunganku yang memang pada bila-bila masa saja boleh bersalin. Namun apakan daya, rezeki ini sudah Allah tulis buat diriku. Aku sendiripun tak menyangka akan mendapat kerja di Universiti tempat aku belajar.Masih aku ingat masa hadir temuduga dulu, aku hadir sebagai insan biasa, insan kerdil yang tidak punya kabel untuk aku mendapat 'keistimewaan'. Berbekalkan doa suamiku, doa kedua ibu bapaku dan doa aku yang tak pernah jemu memohon pada Allah agar mempermudahkan segala urusan temuduga ini.

Di permulaan perkhidmatan ku di sini, aku ditempatkan di sebuah Fakulti. Aku perlu menggantikan Pegawai Tadbir/Penolong Pendaftar di situ yang akan bersara wajib. Semasa melangkahkan kaki ke Fakulti itu, berdebar juga aku..ya lah, rasa macam masih terlalu muda untuk mengetuai pentadbiran di Fakulti ini...aku melaporkan diri pada Tuan Haji Ismail, dan seterusnya Tuan Haji membawa aku berjumpa dengan Dekan, dan memperkenalkan aku kepada staf di pejabat...seingat aku ada lebih kurang 20 orang staf di Pejabat Pentadbiran yang perlu aku selia, dan ini tidak termasuk lagi kakitangan makmal dan teknikal.

Bermula di sini, aku melalui kehidupan sebagai Pegawai Tadbir Universiti. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari, soal pengurusan, soal perancangan, soal penyeliaan dan pemantauan, soal penyelarasan, soal kewangan, soal peraturan dan sebagainya lagi. Aku gembira dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu aku pikul. Menjadi sorang pegawai/pengurus ini memang cita-cita aku sejak kecil...Alhamdulillah Allah kabulkan doa hambanya ini. Aku sangat bersyukur.

Aku sangat enjoy dengan kerja ku ini. Prinsip aku sangat mudah dalam kerja 'Berikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan". Aku memang jenis yang 'all out' dalam melakukan semua perkara dan urusan. Aku tidak suka melengahkan kerja, pada aku semua kerja perlu disegerakan. Sejak dari mula kerja, aku memang jenis orang yang suka buat 'checklist'. Pada aku 'checklist' itu boleh melegakan fikiran aku kerana aku tidak perlu menyimpan segalanya dalam 'kotak fikiran' aku...aku senaraikan segala tindakan yang perlu dilakukan dalam 'checklist' itu. Bila dah selesai tandakan sebagai selesai, maka secara tidak langsung 'checklist' ini dapat meningkatkan motivasi kita untuk terus lakukan yang terbaik bagi mencapai target tindakan selesai pada hari itu,yang mana semua dalam senarai 'checklist' perlu dibereskan sebelum meninggalkan pejabat. Prinsip aku, selagi tak siap, apa yang kita target untuk capai pada hari itu, maka jangan balik!

Selepas 7 tahun di sini, aku dihantar bertugas pula di pusat yang menguruskan urusan penyelidikan untuk Universiti. Pertukaran ini adalah 'job rotation' normal yang perlu dilalui oleh semua pegawai. kebiasaannya pada setiap lima tahun sekali seseorang pegawai itu akan terlibat dalam rotation ini. Aku melaporkan diri di sini pada 20 Jun 2004. Setahun kemudian, pada 4 Ogos 2005, aku sekali lagi dinaikkan pangkat ke gred berikutnya. Alhamdulillah Ya Allah...aku bersyukur pada-Mu, walau bukan kenaikan pangkat ini yang menjadi dambaanku...aku hanya ingin bekerja dengan ikhlas dan jujur, berikan yang terbaik untuk kepuasan hati aku dan kepuasan mereka yang berhubung dengan aku



 


Selama 2 tahun di sini,  pada 10 Oktober 2007, aku dinaikkan pangkat sekali lagi ke gred berikutnya. Allahuakbar...kebesaran dan keagungan -Mu tiada tandingan...aku speechless sebenarnya dengan rezeki yang tidak terduga yang Kau berikan ini. Aku terima dengan penuh rasa bersyukur, walaupun pada hakikatnya aku langsung tidak pernah memikirkan untuk kenaikan pangkat yang agak cepat selepas kenaikan pangkat sebelumnya.

Selama di sini, banyak yang aku pelajari tentang pengurusan penyelidikan. Aku juga gembira di sini...semua kerja-kerja aku laksanakan dengan semampu dan sebaiknya. Genap 6 tahun di sini, aku diminta oleh pihak Pengurusan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Aku memilih bidang Komunikasi Korporat di UPM, rupanya dalam masa yang sama pihak Pengurusan juga memang inginkan aku menyambung pengajian dalam bidang ini. Alhamdulillah.

Setahun setengah aku menjalani kehidupan sebagai pelajar...sangat seronok dengan ilmu pengetahuan baharu yang ditimba, jumpa kawan-kawan baharu dari pelbagai agensi, banyak bertukar pengalaman dan pandangan. Walau pada hakikatnya, selama dalam pengajian ini..hati ini sedikit dilanda rasa terluka dan rasa kecewa...namun aku gagahi jua untuk sempurna amanah ini...amanah organisasi ku untuk aku membawa balik segulung ijazah. Itu janji dan ikrar yang telah dibuat....aku perlu kuat juga menghadapi segala kepedihan...redah jua sehingga selesai. Akhirnya aku tamat dengan cemerlang...PNGK 4.00 flat...Alhamdulillah sekali lagi ya Allah...Kau berikan ruang dan peluang pada hamba Mu ini....









Pada 10 Februari 2012 aku kembali melaporkan diri setelah menamatkan cuti belajar, dan aku di tempatkan di sebuah Fakulti. Setahun di sini,  pada 30 Januari 2013, aku dinaikkan pangkat sekali lagi. Allahuakbar....naik pangkat pada kali ini sangat di luar dugaan ku...bukan di dalam perancangan aku....Kebesaran ini milik-Mu yang Allah...andaikata Kau ingin berikan kepada hambamu....maka itulah yang terjadi....terlalu 'complicated' untuk diluah dan diceritakan tentang rezeki kenaikan pangkat pada kali ini...Hakikatnya aku memang tidak menyangka...tiada dalam perancangan aku...masih terlalu awal sebenarnya untuk aku memikirkan tentang ini....tapi perancangan aku itu bukan perancangan-Mu yang Allah....perancangan-Mu melebihi segala-galanya....sekali lagi aku bersyukur...namun kali ini rasa syukur dengan tangisan yang aku tidak pasti, adakah tangisan gembira atau tangisan kesedihan...Kau rampas dan kau ragut keras satu rasa kebahagiaan yang kau pinjamkan pada aku seketika lalu...namun Kau gantikan dengan sesuatu ganjaran yang lain yang langsung aku tidak menyangka...maka rasa yang hadir dalam diri ini adalah luar biasa...tidak dapat diceritakan dengan kata-kata, hanya Engkau jua yang memahaminya.








Selama dua tahun tiga bulan aku di sini, aku diminta untuk bertugas ke bahagian lain yang sememangnya pelan penggantian aku telah dihala ke sini seiring dengan bidang pengajian ku di peringkat sarjana. Namun, kuasa Allah lebih besar daripada perancangan kita...jodoh aku tak lama di sini...Tak kuduga badai melanda dan aku membuat keputusan untuk mengundur diri....semuanya ketentuan Allah, aku redha dan pasrah, menerimanya dengan hati yang terbuka....mungkin tempat itu bukan ditakdirkan untuk aku. Pertama kali dalam perkhidmatan aku selepas 18 tahun berkhidmat, aku memohon untuk ditukarkan ke bahagian lain. Permintaan aku pada awalnya tidak dipenuhi, namun aku tetap merayu agar aku dipindahkan segera ke bahagian lain....akhirnya pihak Pengurusan terpaksa akur....Alhamdulillah....




6 April 2015, aku melaporkan diri di tempat aku bertugas sekarang....aku gembira di sini, dengan persekitaran yang sedikit berbeza...kembali riang semula dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab...aku ingin lupakan segala kepedihan yang dilalui. Semoga Allah terus memberikan aku kekuatan dalam menghadapi cabaran dan dugaan....memberikan kekuatan untuk aku terus memberikan yang terbaik....buat kali ini berikanlah kebahagiaan yang berpanjangan Ya Allah....ameen.




Aku tinggalkan dengan beberapa kata-kata mutiara yang boleh memberikan semangat buat semua...

"Terkadang senyuman adalah air mata yang tak terlihat
dan air mata adalah kekuatan terakhir yang kita miliki"

"Terkadang senyum adalah cara untuk menyelesaikan banyak masalah,
dan diam adalah cara untuk menghindari banyak masalah."

"Allah memberi lebih baik dari yang kita minta,
Dalam bentuk yang lebih baik dari harapan kita
Dengan cara yang lebih baik dari dugaan kita"

"Ketika kita menghadapi kesulitan dan kita tidak menyerah
maka itulah kekuatan kita"

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka"

RZH



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke