Skip to main content

Tips Komunikasi Berkesan

Sekadar berkongsi pandangan dan pendapat saya dalam tips komunikasi berkesan

Komunikasi itu dikatakan berkesan apabila kedua-dua pihak berpuashati dan gembira dengan komunikasi yang berlaku. Mesejnya sampai dan maksudnya jelas.

Apakah perkara-perkara yang perlu hadir untuk memberikan rasa gembira dan rasa puas hati. Antaranya adalah:

1. Kedua-dua pihak faham dan jelas dengan maksud yang sama.
2. Tiada timbul tandatanya dalam hati masing-masing.
3. Tiada rasa sakit hati yang membawa kepada ketidakpuasan hati
4. Hadir rasa tenang dan lega selepas menamatkan komunikasi
5. Teruja untuk meneruskan komunikasi berikutnya.
6. Senyuman kekal di bibir sebaik sahaja komunikasi tamat.
7. Bersemangat untuk meneruskan aktiviti berikutnya.
8. Tiada 'suatu rasa' negatif yang terbuku dalam hati
9. Proses dalam interaksi berjalan lancar
10. Idea datang mencurah-curah tanpa sekatan dan halangan

Menurut Schinn (1976), kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk mencapai keberkesanan dalam komunikasi, ataupun komunikasi berkesan. Kata Schinn, secara dasarnya, interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya berlandaskan perasaan tidak akan membawa kepada kesan komunikasi yang mendalam.

Bagi mencapai komunikasi berkesan setiap orang perlu menggunakan kematangan dan kebijaksanaan serta kemahiran daripada pelbagai aspek. Kematangan dalam menghadapi dan menangani situasi yang tidak dijangka dan sentiasa berubah-rubah. Kebijaksanaan memilih kata-kata agar maksudnya yang ingin disampaikan boleh sampai dengan jelas kepada penerima, dan tiada menyinggung dan melukakan hati mana-mana pihak. Kemahiran menjangka awal, membaca air muka orang juga penting dalam memastikan komunikasi berkesan.

Justeru, kunci utama dalam jaminan komunikasi berkesan adalah ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kematangan, dan kemahiran dalam diri yang sentiasa mengiringi setiap komunikasi itu. Segalanya ini bukan sukar untuk kita peroleh andai kita inginkan yang terbaik dalam setiap interaksi dan perhubungan sesama insan. Ilmu Allah ini luas, timba lah dan carilah di mana-mana jua....minat kepada membaca juga merupakan salah cara untuk kita terus menambah ilmu dalam diri, dan sekaligus mengasah kebijaksanaan dan kematangan kita dalam berhadapan dengan apa jua situasi.

Jom semua!
Mulai hari ini mari kita amalkan tips yang dikongsikan ini bagi membina komunikasi berkesan. Nescaya hidup kita lebih positif, ceria dan tenang...kebahagiaan akan selalu menyinari kehidupan kita semua bak kuntuman bunga yang sentiasa mekar dan mewangi. InshaAllah!


Salam Hormat

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...