Skip to main content

Posts

Hati Yang Bahagia...

Apakah agaknya yang membahagiakan kita? Kita bahagia apabila hati kita gembira. Hati kita gembira bila fikiran kita tenang dan tidak berkecamuk. Bila bahagia ini kita kecapi, semua perkara akan menjadi indah buat kita. Semua berjalan seperti diharap dan di plan. Jika ini kita miliki, kita akan lebih bersemangat, bertenaga, dan lebih produktif juga waras dalam tindakan dan perbuatan. Bila hati, minda, jiwa tenang dan damai, seluruh anggota kita juga akan merasakan "kedamaian" yang sama. Justeru, untuk tenang dan bahagia, pastikan diri terhindar dari: 1. Perselisihan faham dan perselisihan pendapat yang membawa ketegangan dan pergaduhan. 2. Perkara-perkara yang boleh menimbulkan konflik dan masalah. 3. Perbuatan dan lisan yang berlebih-lebihan yang menimbulkan rasa tidak senang orang sekeliling kita. 4. Perbuatan yang tidak baik yang dilarang oleh agama dan peraturan kehidupan. 5. Circle toksik dan negatif 6. Hati yang tidak baik, dengki dan khianat 7. Perbuatan yang menyusahka...

Berita Sedih...

Terkejut rasa...sedih, sayu berbaur semuanya. Malam ni membelek di fb sesambil merehatkan badan...rutin mlm sesambil melepaskan lelah minda dan lelah anggota badan, memang akan scrol tgok Sosmed mengintai2 berita2 yg berlaku yg dikongsikan rakan kenalan.  Tiba2 mata terpaku kepada tulisan "Innalillahiwainnailaihirajiun" di fb salah seorang yg dikenali rapat. Allah, siapa yang meninggal ni, hati kecil tertanya2. Terus hantar mesej di whatsApp dia...dan share sekali screen shot statusnya di fb. "Siapa meninggal Tie?" Rupa2nya suami kepada Che Yah telah dijemput Allah pada pagi tadi..Allahuakbar..baru tahu arwah dah lama menghidap cancer prostat rupanya...Allahuakbar.. Terbayang raut wajah arwah dan raut wajah Che Yah...zaman kecik2 dulu sesekali akan berjumpa dgn che yah dan pakcik Mad ni bila ada kenduri makan2 keluarga belah Ummi. Che Yah ni mak saudara kepada Ummi. Che Tie yang saya hubungi ni pula adik kepada ummi. Che Yah ada anak perempuan yg sebaya saya dan Che...

Respect Dalam Organisasi...

Bercakap tentang respect... Apa itu respect? Respect itu adalah suatu perbuatan menghormati, menghargai...menjadi pendengar yang baik, tidak menyanggah masa org bercakap, menghormati hak orang, mengambilkira pandangan orang lain, juga bijak mengawal emosi dan lisan agar tidak menyinggung hati orang lain. Sejauh mana nilai "Hormat" ini penting dalam sesebuah organisasi untuk organisasi terus utuh dan disegani... Kalau ikut pandangan saya nilai "Hormat" dalam organisasi itu adalah priceless..tiada nilainya yang dapat diukur... Jika tiada nilai yg dapat dijadikan ukuran, maka sudah pasti sangat besar lah kepentingannya. Penting dari sudut apa? Penting dari sudut, menjaga nilai, adab dan cara hidup serta budaya kerja organisasi. Jika komponen ini tiada dalam sesebuah organisasi, maka organisasi itu akan hilang nilai, prestij dan reputasinya..dan lama2 nanti "jatuh menyembah bumi" Bagaimana agaknya soal nilai, adab dan cara hidup juga budaya kerja dapat kita uk...

Rencana Allah Datang tepat Pada Waktunya...

Malam ni jenguk ke blog AD sekejap. Niat hati nak menulis sesuatu yg berkait dengan kisah petang tadi... Sebuah keajaiban...Allahu... Cerita Allah sentiasa tak mampu dek akal kita untuk kita memikirkannya...sentiasa ada keajaiban Allah...bersyukur lah... Alhamdulillah..panjatkan rasa syukur. Allah Maha mengetahui, Maha mendengar permintaan hamba-Nya. Yakin selalu. Di saat hati kita sudah pasrah dan redha...setelah berusaha dan berikhtiar,  jalan seakannya sudah tiada...kita juga sudah redha dan pasrah...sudah ikhlaskan diri.. Masa itu tiba2 Allah hadirkan laluan..MasyaAllah...Engkau sesungguhnya sentiasa mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-Mu...malu rasa diri yg kerdil dan banyak dosa ini kerana Allah masih memandang dengan penuh kasih sayang. Semoga Allah sentiasa memandu kepada kebaikan. Terdetik di hati...kuasa zikir, kuasa ayat2 Allah yang menjadi peneman setia dan sudah sebati menjadi darah daging itu adalah benar sangat...zikir dan doa yang sentiasa menjadi peneman set...

Pergi Tidak Kembali Lagi...

Berita perginya insan ini sangat mengejutkan saya.  Tertangguh dan lewat sikit saya menitipkan penulisan ini atas beberapa sebab dan kekangan...malam ni saya ada masa dan kekuatan untuk menulis dan memahatkan kenangan buat insan ini...biar kekal bersemadi dalam platform saya ini..titipan kenangan akhir buat arwah... Dia insan yang pernah bekerja bersama saya. Seorang staf yang miliki sifat diri dan keutuhan peribadi yang sangat baik. Cukup semuanya...respect orang, bertanggungjawab, komited, berkemahiran tinggi dalam kerja2 mengemas, menyusun barang2 pejabat, punyai kepakaran luar biasa dalam memindah dan menyusun barang2 berat. Seorang yang berjiwa besar dalam kerjanya.  Seorang yang mahir dalam pengurusan pameran dan penyimpanan barang2. Seorang yang sangat "jatuh cinta" dengan kerjanya. Memang dia cukup suka dgn kerja yang dilakukan, kerja utama menguruskan pameran, dan menjaga inventori ofis juga urusan perolehan ofis. Arwah juga seorang yang kreatif dalam kerja2 peribadi...

Resepi Nasi Minyak...

 Bahan-Bahan 4 gelas beras Basmathi Bawang merah kecil 10 ulas Bawang putih 4 ulas Bawang merah besar 2 labu Halia 1 inci Susu cair satu tin Kismis dua kotak kecil Minyak sapi satu tin kecil Minyak masak dlm satu senduk kecil Rempah 4 sekawan 1 kiub ayam Cara-cara 1. Rendam beras setengah jam 2. Blend hancur bawang merah. 3. Mayang bawang besar, halia dan bawanh putih. 4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bawang mayang dgn rempah 4 sekawan. Semasa menumis masukkan dua helai daun pandan yg dah disimpul. 5. Bila dah kekuningan, masukkan bahan blend. Tumis hingga masak, pecah minyak. 6. Masukkan satu sudu garam kasar. Masukkan satu kiyb ayam. 7. Masukkan beras. Gaul rata dgn cpt dan masukkan air 5 gelas. 8. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning jika suka. Jika suka warna ori, tak perlu masuk pewarna. 8. Masak seperti masak nasi biasa. Bila hampir kering, masukkan kismis tutup periuk dan kecilkan api. 9. Dlm 10.minit nasi akan masak dan boleh digemburkan.

Resepi Gulai Udang sedap...

Lama sgt tak sempat update blog. Kalut macam2 hal. Ada masa senggang nanti saya sambung menulis di blog ya. Tkasih kpd pengunjung yg sentiasa setia singgah. Semoga Allah merahmati kalian semua. Ni singgah sekejap saja untuk tepek resepi gulai udang special ni. Gulai udang ni resepi klasik bonda saya. Memang sedap! Bahan2: 1. Udang setengah kg 2. Santan pekat dua cawan 3. Bawang merah 7 ulas 4. Bawang putih seulas kecil 5. Cili kering tujuh lapan tangkai. 6. Halia sebesar ibu jari 7. Jintan manis setengah sudu besar disnagai dan ditumbuk lumat 8. Gula melaka setengah keping/kerek 9. Beras setengah sudu besar unk hilang hanyir udang dan pekatkan kuah. Ditumbuk lumat 10. Garam gula secukupnya. Cara2: 1. Siang udang dan cuci bersih. Potong sedikit saja muncung depan udang. Tak perlu potong ekor.  2. Blend bawang merah, halia dan cili kering. 3. Masukkan santan juga bahan yang di blend tadi dalam periuk. 4. Masak sehingga kuah pekat. Kuah perlu sentiasa dikacau semasa proses ni bagi men...