Skip to main content

Rencana Allah Datang tepat Pada Waktunya...

Malam ni jenguk ke blog AD sekejap. Niat hati nak menulis sesuatu yg berkait dengan kisah petang tadi... Sebuah keajaiban...Allahu...

Cerita Allah sentiasa tak mampu dek akal kita untuk kita memikirkannya...sentiasa ada keajaiban Allah...bersyukur lah...

Alhamdulillah..panjatkan rasa syukur. Allah Maha mengetahui, Maha mendengar permintaan hamba-Nya. Yakin selalu.

Di saat hati kita sudah pasrah dan redha...setelah berusaha dan berikhtiar,  jalan seakannya sudah tiada...kita juga sudah redha dan pasrah...sudah ikhlaskan diri..

Masa itu tiba2 Allah hadirkan laluan..MasyaAllah...Engkau sesungguhnya sentiasa mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-Mu...malu rasa diri yg kerdil dan banyak dosa ini kerana Allah masih memandang dengan penuh kasih sayang. Semoga Allah sentiasa memandu kepada kebaikan.

Terdetik di hati...kuasa zikir, kuasa ayat2 Allah yang menjadi peneman setia dan sudah sebati menjadi darah daging itu adalah benar sangat...zikir dan doa yang sentiasa menjadi peneman setia, terutamanya semasa memandu dan di saat bersendirian, di saat self healing....juga ditambah dengan kuasa doa dan yakin dengan pertolongan Allah..maka benar pertolongan Allah akan sampai pada saatnya yang tepat...maka inilah dia...

Justeru, dalam hidup kita ini sentiasalah meletakkan Allah di hati, sentiasa titipkan doa..istiqomah selalu..walau diri terkadang alpa dan "hanyut", terbabas dan tergelincir yang penting adalah ada rasa untuk mengubah dan membaikkan diri, daripada tak elok kepada elok, dan mengajar diri agar sentiasa teringat balasan Allah atas setiap kejahatan yang dilakukan...sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah...itu sudah tersangat baik.

Lakukan selalu sunat taubat..solat hajat dan berdoa selalu agar Allah menjadikan kita hamba-Nya yang baik..buat jangan tak buat..jangan layan perasaan malas, perasaan penat daan seribu macam kekangan diri..tolak tepi semuanya..sekurang-kurang zikir sentiasa di bibir mulut dan hati sentiasa ikhlaskan...sabar dan redha.

Jika kita sentiasa ingat pada Allah dan mengutamakan Allah dalam kehidupan kita, insyaAllah, Allah juga akan mengutamakan kita dan setiap doa kita...

Ujian dan cabaran hidup itu sentiasa bersilih ganti datang dan pergi...bukan bermaksud bila kita sentiasa mengingati Allah, diri kita tidak diuji..ujian tetap ada kerana Allah sayangkan kita..Allah nak kita sentiasa ingat Dia...berdoa dan meminta kepada-Nya secara istiqomah.

Jika tanpa ujian, mungkin kita terus menjadi hamba Allah yang lalai dan alpa. Dengan adanya ujian akan merapatkan kita dengan Allah. Justeru, bersyukur selalu...berdoa selalu moga kita sentiasa Allah "pandang" dan jaga daripada segala-galanya. 

Kembali kepada cerita petang tadi...alhamdulillah Allah hadirkan jalan..maka telah ada "perisai penyelamat" dan boleh digunakan jika ada keperluan nanti. Ini lah nama dia "Rencana Allah" akan sentiasa datang di saat yang tepat.

Alhamdulillah...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...