Skip to main content

Posts

Resepi Nasi Minyak...

 Bahan-Bahan 4 gelas beras Basmathi Bawang merah kecil 10 ulas Bawang putih 4 ulas Bawang merah besar 2 labu Halia 1 inci Susu cair satu tin Kismis dua kotak kecil Minyak sapi satu tin kecil Minyak masak dlm satu senduk kecil Rempah 4 sekawan 1 kiub ayam Cara-cara 1. Rendam beras setengah jam 2. Blend hancur bawang merah. 3. Mayang bawang besar, halia dan bawanh putih. 4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bawang mayang dgn rempah 4 sekawan. Semasa menumis masukkan dua helai daun pandan yg dah disimpul. 5. Bila dah kekuningan, masukkan bahan blend. Tumis hingga masak, pecah minyak. 6. Masukkan satu sudu garam kasar. Masukkan satu kiyb ayam. 7. Masukkan beras. Gaul rata dgn cpt dan masukkan air 5 gelas. 8. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning jika suka. Jika suka warna ori, tak perlu masuk pewarna. 8. Masak seperti masak nasi biasa. Bila hampir kering, masukkan kismis tutup periuk dan kecilkan api. 9. Dlm 10.minit nasi akan masak dan boleh digemburkan.

Resepi Gulai Udang sedap...

Lama sgt tak sempat update blog. Kalut macam2 hal. Ada masa senggang nanti saya sambung menulis di blog ya. Tkasih kpd pengunjung yg sentiasa setia singgah. Semoga Allah merahmati kalian semua. Ni singgah sekejap saja untuk tepek resepi gulai udang special ni. Gulai udang ni resepi klasik bonda saya. Memang sedap! Bahan2: 1. Udang setengah kg 2. Santan pekat dua cawan 3. Bawang merah 7 ulas 4. Bawang putih seulas kecil 5. Cili kering tujuh lapan tangkai. 6. Halia sebesar ibu jari 7. Jintan manis setengah sudu besar disnagai dan ditumbuk lumat 8. Gula melaka setengah keping/kerek 9. Beras setengah sudu besar unk hilang hanyir udang dan pekatkan kuah. Ditumbuk lumat 10. Garam gula secukupnya. Cara2: 1. Siang udang dan cuci bersih. Potong sedikit saja muncung depan udang. Tak perlu potong ekor.  2. Blend bawang merah, halia dan cili kering. 3. Masukkan santan juga bahan yang di blend tadi dalam periuk. 4. Masak sehingga kuah pekat. Kuah perlu sentiasa dikacau semasa proses ni bagi men...

Bagaimana Nak Urus Jadual yang Padat...

Malam ni singgah sekejap di blog. Beberapa hari ni agak hectic sungguh. Pembuka tahun 2023 yang sangat pack schedulenya. Bercampur pula dengan urusan keluarga di kampung..seminggu dua ni berulang balik ke kampung halaman. Semoga segala urusan dalam peliharaan Allah jua. Kemampuan kita manusia sangat terhad...justeru biarlah Allah yang susun. Sebagai hamba Allah..kita lapangkan hati, lapangkan fikiran dan berdoa dengan penuh yakin dan istiqomah. Doa semoga Allah permudahkan segalanya dan memberikan hidayah dan petunjuk yang baik buat diri kita. Doa ni senjata segalanya. Jangan pernah berhenti untuk berdoa. Doa perlu ikhlas, yakin dan istiqomah. InsyaAllah, Allah kabulkan apa yg kita mohon...jika cepat bersyukur lah dan terus tingkatkan amalan dan kebaikan..jika lambat, usah putus asa...masanya tetap akan tiba..just a matter of time saja. SABAR. Jika minda sudah tidak mampu lagi menyusun agenda dalam minda kerana sangat banyak dan bercelaru dah...maka susunlah agenda tu atas kertas atau ...

Mengenali & Membuka Episod Baharu...

Mengenali dan membuka episod baru... Terkadang dalam hidup ini kita perlu kuat untuk menutup buku lama dan membuka buku baru dengan episod baru. Setiap apa yang Allah tentukan kepada kita bukan satu kebetulan sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Masa episod baru bermula, kita tak tahu apa di sebaliknya...bila episod berakhir baru kita tahu dan faham sesuatu di sebaliknya. Begitu juga bila episod lain pula datang kita begitu teruja tanpa kita sedar ada sesuatu yang sedang Allah delay kan untuk kita. Justeru, berhati2 lah. Indah di permulaan bukan bermakna indah di pengakhirannya. Jika tidak ingin sakit di penghujung, maka usah membuka ruang permulaan. Namun jika sudah boleh predict pengakhirannya...maka teruskan lah episod baru tu..standby siap2 perisai hati. Setiap perkara bila kita tak lalu, maka kita tak tahu. Ada setengah sikap manusia yang suka mencuba dan mengkaji karakter manusia..maka hadap lah permainan dunia dengan 1001 macam hal. Tahan dengan tak saja. Tapi kata orang tua....

Hectic Sungguh...

Allah sangat hectic Jan ni. Full sungguh tahap tak leh bawa bincang dah. Terkadang bila terlalu pack sgt schedule boleh buat kita tak berapa nak produktif sgt...tahap tepu jadinya. Jolo nih. Justeru, cari cara untuk rest sekejap. Walaupun buntu kena kreatif juga to find a way ore puteh kata..hehe. Exhausted, depressed, stressed, boring, emotional dan macam2 perkataan seumpamanya akan singgah dalam diri kita bila kita sgt full dan tak cukup rehat. Kena bijak la untuk handle semua ni. Paling penting untuk kita adalah jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan, ambil vitamin yang sesuai dan cukup dan fikir positif serta doa secara istiqomah. Ini saja ubat dan penawar untuk merawat diri kita, dalaman dan luaran. Walau penat walau letih, tanggungjawab yang diamanahkan wajib dilunaskan dengan sebaiknya. Ikhlaskan diri dan letakkan jiwa dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah, Allah mudahkan setiap apa yang kita lakukan. Yakin bahawa setiap keikhlasan itu akan mendapat perhatian Allah. Enjoyzzz dgn...

Kenangan lama kembali mengulit...

Terimbau kenangan hampir 18 tahun yang berlalu... Di majlis tadi berjumpa Prof Dr. Azrul Azlan dan Prof. Madya Dr. Haniff...kedua-duanya memikirkan perkara yang sama bila melihat saya...Prof Azlan mengajak bergambar, katanya saja menggamit memori di Geneva, Switzerland...manakala Dr. Hanif pula mengajak bergambar untuk menggamit kenangan di Seoul, Korea. Kami sembang dan ketawa bersama..tapi saya tak dpt lama sebab sedang bertugas menguruskan event tu. Buzy bebenor yang amat..hehe. "Puan masih sama ni dengan gambar masa 18 tahun lepas di Geneva...tidak ada yang berubah"...kata Prof Azlan... Saya terus gelak besar...dalam hati berbisik "mana mungkin sama Prof Azlan...telah 18 tahun ke belakang masa ditinggalkan..sudah pasti ada yang berubah. Hehe. Sempat la bercerita tentang kenangan menampal poster sama2 masa di Geneva, dan keluar pergi beli brg bersama bila ada keperluan untuk pameran di sana dulu. Dr. Hanif pula mengulang sebut kenangan di Korea dengan dia..juga bertug...

1 Rejab 1444H...

Slps detik 12 mlm, awal pagi ni kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab pada tahun ini jatuh pada 23 Jan 2023 bersamaan dengan Isnin. Sangat cantik. Isnin dan Khamis adalah hari yang sgt digalakkan untuk kita berpuasa sunat...sedang cantik esok Isnin dimulakan dengan puasa 1 Rejab. Bulan Rejab ni adalah bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan Rejab ini berlaku peristiwa penting dalam Islam di mana Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit dengan kenderaan yang dipanggil Burak, yang dipanggil peristiwa Israk Mikraj. Semasa peristiwa Israk Mikraj ini lah Nabi Muhammad SAW menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. MasyaAllah...Allahuakbar. Bila masuknya Rejab, bermakna dalam 60 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. MasyaAllah...insyaAllah bertemu lagi Ramadan al mubarak. Melalui sebulan Rejab dan sebulan Syakban..maka tiba lah Ramadan. Kembali kepada Rejab ni, bulan Rejab ni dikira sbg bulan untuk kita bersiap sedia dengan meningkatkan ama...