Skip to main content

Mengenali & Membuka Episod Baharu...

Mengenali dan membuka episod baru...

Terkadang dalam hidup ini kita perlu kuat untuk menutup buku lama dan membuka buku baru dengan episod baru.

Setiap apa yang Allah tentukan kepada kita bukan satu kebetulan sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Masa episod baru bermula, kita tak tahu apa di sebaliknya...bila episod berakhir baru kita tahu dan faham sesuatu di sebaliknya.

Begitu juga bila episod lain pula datang kita begitu teruja tanpa kita sedar ada sesuatu yang sedang Allah delay kan untuk kita.

Justeru, berhati2 lah. Indah di permulaan bukan bermakna indah di pengakhirannya. Jika tidak ingin sakit di penghujung, maka usah membuka ruang permulaan. Namun jika sudah boleh predict pengakhirannya...maka teruskan lah episod baru tu..standby siap2 perisai hati.

Setiap perkara bila kita tak lalu, maka kita tak tahu. Ada setengah sikap manusia yang suka mencuba dan mengkaji karakter manusia..maka hadap lah permainan dunia dengan 1001 macam hal. Tahan dengan tak saja.

Tapi kata orang tua..hidup ni biar ada prinsip dan ada keberanian...jika berani menyeluk pekasam..maka alang2 menyeluk tu biarlah sampai ke pangkal lengan. Berbaloi dan senang cerita...tak main lah sekerat2...

Bila dah lalu, cari pengajaran di sebalik setiap yang berlaku dan tambah baik mana yang diri kita lemah. Hidup ini dinamik sifatnya, jadi jangan dok buat ada limitation. Penambahbaikan dan pembaikan itu sifatnya berterusan. Yang penting kita tahu dan kita sedar apa yang kita buat.

Terus pandang ke depan..jangan toleh ke belakang lagi, nanti ko tergolek lagi kali kedua...jika jatuh biar sekali aje...kalau jatuh kali kedua, nak2 tempat yang sama, itu tak cerdik namanya. Orang tua kata jangan jatuh lubang yang sama tu dua kali. Sekali saja! Ingat tu...

Sekadar coretan lewat mlm.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...