Skip to main content

Posts

Rutin Persiapan Wajib Menjelang Ramadan...

Ahad ni kita akan memasuki Ramadan. Hanya tinggal tiga hari saja lagi maka bertemulah kita dengan 1 Ramadan 1443H. Berdoa semoga usia kita dilanjutkan Allah untuk dapat kita bertemu dengan Ramadan ini. Selalunya bila menjelang Ramadan, apa agaknya rutin yang selalu kita buat. Macam2 rutin atau amalan yang dibuat oleh orang tua kita dan kemudiannya diwarisi oleh kita pula.  Jom kita tgok antara rutin yang dilakukan. 1. Membuat pembahagian surah untuk tadarus bersama ahli keluarga. Emak, ayah, adik-beradik bagi yang belum berkeluarga. Manakala bagi yang sudah berkeluarga dan punyai anak yang dah besar, pembahagian surah yang boleh dibuat adalah untuk mak ayah dan anak2. Bagi yang bekerja, akan juga merancang tadarus bersama rakan sepejabat. 2. Bahagian mak2 pula akan menyediakan senarai menu berbuka untuk tempoh 30 hari berpuasa. Sediakan aje menunya..ikut hundred percent atau tidak itu nombor dua. Apa yang penting adalah perasaan tu dan semangat untuk menyambut dan meraikan Ramadan ...

Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi Indah...

Jauh merenung... Merenung sesuatu tentang diri dan tentang kuasa Allah yang menggerakkan segalanya dan bukan diri kita. Kita tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah. Berfikir sejenak...segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita bukan hadir secara kebetulan. Tapi hadir atas sebab perancangan dan kuasa Allah. Setiap apa yang berlaku itu ada rahsia Allah. Takkan mungkin berlaku saja2. Ada hikmahnya. Jika bahagia yang Allah hadirkan, maka bersyukur lah. Belajar bersyukur dan ucapkan alhamdulillah atas kurniaan Allah buat kita. Jangan sesekali kita lupa bahawa segala sesuatu yang berlaku itu adalah kerana Allah yang menggerakkannya dan bukan daripada kita sendiri. Sentiasa ingat setiap apa yang berlaku kerana ada yang mentadbirnya, iaitu Allah Azzawajjala. Jangan kita sombong dan beranggapan bahawa diri kita yang menggerakkan segalanya. Jika derita dan rasa kecewa yang perlu kita lalui, jangan kita bersedih dan berputus asa kerana kesedihan yang Allah hadirkan kepada kita itu pa...

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW...

Minggu lepas membaca satu buku kepimpinan bertajuk "Bagaimana Menjadi Pemimpin" karya Ir. Lukman Al-Hakim yang diterbitkan pada tahun 2019. Sekadar berkongsi apa yang penulis ceritakan tentang kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Mungkin bermanfaat buat kita semua. Bagaimana kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Madinah menangani bangsa Yahudi di madinah: 1. Membina hubungan baik. Sebaik sahaja nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, antara perkara terawal yang badinda lakukan selain membina masjid dan mempersaudarakan umat Islam ialah menandatangani Perjanjian Madinah yang bertujuan untuk menjaga hubungan baik dan kesentosaan seluruh penduduk Madinah termasuk dengan bangsa Yahudi. 2. Sentiasa memberikan nasihat. 3. Berdiplomasi Rasulullah SAW merupakan pemimpin yang sangat bijaksana dalam diplomasi. Kekerasan hanya digunakan sebagai tindakn terakhir. 4. Bertindak tegas atas sebarang pengkhianatan. 5. Bersikap profesional dan tidak emosi Sama-sama kita berusaha untuk mencontoh...

Kepingan Hati...

Tajuk entri kali ini adalah tajuk lagu daripada ST12. Melodi lagu ni sedap. Justeru saya letakkan di blog anggerikdesa. Sekadar content biasa saja sebab sejak dengar lagu ni beberapa bulan lepas, tiba2 "terjatuh cinta" dengan this song. Haha...itu lah dianya. Lagu ni pada saya sangat sedap kerana gabungan mantap antara melodi dan liriknya. Cara pembawakan oleh pentanyinya pun best..ada gaya tersendiri dalam menyampaikan lagu ni..diction dia juga sedap...mmg sesuai lagu ni dgn penyanyinya...sedap didengar. Yang paling best muziknya...mmg layan dengar... "Hapuslah air matamu Jangan pernah kau sesali aku Memang bukanlah yang terbaik tuk dirimu Pergi dariku jauh dariku." "Sakit bukanlah derita Kujalani dengan lapang dada Kurasakan memanglah ada rasa hampa Batin menangis hati tak bicara." "Hatiku hancur berkeping-keping Tubuh lemah yang sedang berbaring Terlintas tentang cerita diri Akupun menangis Tak sanggup kutinggalkan kasih sayang dunia" Lagu dan...

Kaedah Checklist Senarai Tugas...

Bagaimana agaknya kita menyelesaikan pelbagai tugas yang hadir dalam satu masa. Adakah kita rasa serabut?gelisah?tidak tenang?rasa masa mengejar2...sudahnya kita rasa penat dan lesu dengan sendirinya dek sesuatu yang menghambat kita dalam fikiran. Sedangkan kita belum lagi buat apa2..hanya dengan "traffic" dalam minda yang sangat tinggi kita dah rasa longlai. Kalau dah longlai, confirm kerja2 tak mampu kita laksanakan dengan baik. Setiap seorang individu yang telah memasuki alam bekerja, kita sebenarnya ada dua tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada setiap hari. Satunya tugas di rumah, yakni tugas peribadi kita, tugas dalam rumahtangga kita, pasangan, anak2 dsbnya. Dan keduanya adalah tugas di tempat kerja, yakni tugas rasmi kita yang daripadanya kita mendapat rezeki untuk menyara kehidupan kita dan keluarga. Sudah pasti kedua2nya adalah penting dan memerlukan strategi dan kebijaksanaan untuk menguruskannya. Orait, jom sama2 kita amalkan antara tips yang boleh kita lakuka...

Resepi tenang dan sukses diri dunia dan akhirat...

Sesekali kejut diri dengan "teguran manja" kepada diri sendiri. Jangan biar diri kita dalam zon selesa tanpa dikejutkan. Kita perlu buat kejutan sebab kadang2 kita terlupa tentang diri..."terlupa daratan" dan terlupa yang kita sudah terlebih. Itu yang diri memanjang jadi tak tenang dan gelisah. Semua sifat manusia ni sama, cuma yang berbeza adalah bagaimana akal mengawal nafsu yang datang. Justeru, ingatkan akal supaya sentiasa alert dengan nafsu...lihat kekurangan diri sendiri secara berkala. Jika ada yang terlebih dalam perlakuan kita, maka bila diingatkan dan disergah tu mungkin ada rasa sedar sikit daripada lena yang panjang dan kembali ke pangkal jalan. Hidup kita ni kadang2 kita rasa hanya kita yang betul. Kita terlupa untuk menghormati pemikiran orang lain sebagaimana kita ingin orang lain menghormati pemikiran kita. Ingat! Kita perlu berlaku adil kepada orang lain juga. Betapa kita mengharapkan orang lain memahami diri kita, maka sama juga lah dengan orang l...

Sepetang Menikmati Keindahan Alam...

Alam ciptaan Allah ini sangat indah. Bila kita "Dakapi" keindahannya dan rasai dengan betul2 pasti kita mendapat satu ketenangan yang luar biasa. Kerana itu orang kata bila kita dah rasa penat sangat dengan kerja2 kita di tempat kerja ataupun di rumah, carilah masa untuk pergi bercuti...bila bercuti kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. Pada entri terdahulu, saya bercerita tentang suatu tempat yang sekian lama tidak saya sampai. Dan semalam saya tiba di situ atas satu tugas rasmi. Dan entri kali ini adalah rentetan daripada itu. Kebetulan hotel penginapan saya berdepan dengan masjid yang sangat cantik...subhanallah. Lewat petang itu juga dari bilik hotel, saya sempat merakamkan suasana alam di kala lewat senja...subhanallah cantik sgt...mendamaikan sungguh. Terapi kepada diri..hilang segala rasa berat dalam kepala dengan macam2 hal kerja...refresh diri untuk tugas esok. Saya share kan beberapa keping gambar yg sempat saya snap. Cantik! Berdamai dengan alam ad...