Skip to main content

Posts

Cookies Rangup.

Petang ni macam biasa la bila rasa boring dan ada masa untuk bake, makanya saya "membaking". Satu bancuhan ni sekejap saja, hanya dua atau tiga kali masuk oven saja dan done. Petang ni buat cookies rangup kudap2 ni. Tengok dalam peti ais ada coklat cadburry, makanya diricik2 halus untuk dijadikan topping atas cookies ni. Cookies yang rangup sebegini sangat sesuai untuk dibuat minum petang dan dipekenakan dengan coffee...memang ngam. Cookies ni tak perlu buat manis2 sgt..jadi nanti bila kita nak buat makan sesambil minum coffee, maka sedang elok. Cara buat cookies ni, saya tengok resepinya di youtube. Tapi saya ubahsuai cket dengan memasukkan badam. Bahan2 yang digunakan adalah butter 250 gm, tepung gandum 170gm, tepung jagung 170 gm, gula 100 gm, 50gm badam yang diracik, dan satu sudu teh vanila. Cara-caranya pula seperti biasa bila kita buat cookies. Pukul butter dengan gula dulu. Bila dah sebati, boleh masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga sebati dan boleh d...

Tulisan Dr. Rizal.

COPY DARIPADA FB DR. RIZAL Makanan Berlemak boleh tingkatkan sistem imun? . Biar betul kenyataan ni. Tak kan makanan berlemak boleh bantu naikkan sistem imun.  . Tapi begitulah faktanya. Tapi ini bukan lemak biasa. Ini lemak sihat.  . Lemak sihat dapat naikkan sistem imun bila berdepan dengan patogen. Sekaligus kurangkan inflamasi. . Inflamasi adalah respons biasa bila stress atau berlaku luka. Tapi kronik inflamasi mengundang padah pada tubuh. Kronik inflamasi lemahkan sistem imun. . Bila imun menurun, kita akan terdedah pada ancaman virus. Kita letakkan diri kita dalam keadaan bahaya. . Untuk tingkatkan system imun mudah sahaja. Ada beberapa jenis makanan berlemak sihat yang dapat bantu. . Antaranya ialah minyak MCT. Minyak ini bersifat anti-inflammatory. Ia akan bantu baiki tubuh yang terkena inflamasi.  . MCT juga dikaitkan dengan turunnya risiko terkena serangan jantung dan diabetes. Baguskan? Imun naik, penyakit jantung dan diabetes dijauhkan. . Saya suka dengan MCT...

Ayam Goreng Ala Arab

Last week punyer cerita ni...masak menu simple ini. Ayam goreng kunyit biasa tapi dihiasi condiments ala2 arab gitu. Masak menu mcm gini perlukan ayam dipotong besar. Seekor ayam tu dipotong empat sahaja. Ayam diperap dulu dengan garam dan 4 ulas besar bawang putih. Bawang putih dan garam ditumbuk lumat dan digaulkan dengan ayam. Perapkan dalam setengah jam. Ayam kemudiannya boleh digoreng dengan minyak yang banyak. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan ayam..tapi jaga2 takut minyak panas tu terpercik ke tangan atau melimpah keluar drpd kuali, almaklum ayam tu agak besar.. Di permulaan masa goreng tu, kuali perlu ditutup sekejap dalam lima minit. Tujuan kuali ditutup adalah bagi melembutkan ayam secara serata dulu...slps lima minit tutup dibuka supaya ayam jadi lebih garing. Selepas semua ayam siap digoreng boleh ketepikan dulu. Selabu bawang holland yg besar dan tujuan lapan tangkai cili api dimayang dan ditumis dalam sedikit minyak. Tumis sehingga keperangan, boleh masukkan pera...

Recharge Diri Di Hujung Minggu...

Salam hujung minggu buat semua. Hari minggu ni kena santai2 dan recharge diri. Terus istiqomah dan positif selalu... Tak usah dok fikir dan mereka2 di fikiran kita benda yang "jauh ke depan sangat" kita fikir yg current dulu dan fikir semuanya mudah....rugi kalau energy kita keluar sia2 dgn gelombang negatif yang singgah sebab kita dok fikir jauh sangat...itu rumit ini rumit...maka rumit la semuanya. Jangan complicatedkan hidup kita. Permudahkan dan fikir mudah. Bila kita fikir mudah, insyaAllah mudah. Tips Senang untuk fikir mudah adalah sentiasa set di fikiran kita, semua ini di bawah Tadbir yang Maha Kuasa. Pasti ada sebab dan musababnya..pasti ada hikmahnya..jika kita redha dan berlapang dada..insyaAllah yang baik2 saja Allah janjikan. Jika kita gundah gulana dan cepat melatah...kita akan lebih berserabut dan tidak tenang. Justeru, kita perlu bijak memilih apa yang baik untuk kita... Sudah pasti kita semua inginkan rasa tenang dan bahagia kan...makanya pilih lah untuk re...

Personaliti Orang Karismatik...

COPY & KONGSI TULISAN PUAN AINON MOHD Penulis Buku Motivasi & Kepimpinan 8 CIRI PERSONALITI INDIVIDU YANG KARISMATIK Antara ciri-ciri personaliti yang membuatkan seseorang itu dipandang karismatik: 1. Air muka mereka dipandang manis.  2. Mereka pandai memilih kata-kata yang orang sekeliling suka mendengarnya.  3. Mereka mudah memberikan senyuman dari hati. Sebelum orang senyum, mereka sudah senyum lebih dahulu. 4. Mereka pandai membuat sesiapa sahaja berasa selesa apabila berada di depannya, walaupun belum saling kenal mengenali, walaupun ada jurang status yang lebar. 5. Mereka pandai berkawan dengan semua jenis orang. Mereka sangat bertoleransi dan menghormati perbezaan pendapat, sudut pandangan, dan prinsip. 6. Mereka pandai mempengaruhi orang supaya menerima dirinya dan pendapatnya, serta mendapatkan sokongan dan kerjasama mereka. 7. Mereka pandai memimpin orang. Mereka pandai mencari peminat, pengikut, penyokong, dan pendukung. 8. Mereka pandai bekerjasama dengan o...

Orang Introvert...

COPY & KONGSI TULISAN PUAN AINON MOHD, Penulis Buku2 Motivasi & Kepimpinan 14 TANDA ORANG YANG INTROVERT  Pakar-pakar psikologi menerangkan ciri-ciri individu yang introvert: 1. Mereka menyukai aktiviti yang dapat dilakukan secara bersendirian seperti berfikir, berzikir, mengaji, mendengar podcast, membaca, menulis, melukis, membuat kraftangan, menjahit, berkebun dll. 2. Solitude atau bersendirian menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan mereka.  3. Apabila bersendirian mereka tidak berasa kesepian ataupun keseorangan sebaliknya dia berasa nyaman, aman, tenteram dan damai.  4. Mereka berasa segar dan sihat apabila bersendirian. 5. Apabila penat selepas berjumpa orang, mereka mahu berehat dan mendapatkan semula tenaganya dengan mencari solitude. 6. Mereka tidak suka menjalankan pekerjaan yang memaksa mereka bekerja dalam kumpulan dengan pelbagai orang dengan macam-macam sikap dan perangainya. Suasana pekerjaan macam itu amat meletihkan tenaga emosi mereka. 7. Mer...

Janji Allah Itu Pasti...

Seorang demi seorang pergi mengadap-Mu Ya Allah. Mati itu pasti...itu janji Allah. Hari ni mendapat berita Encik Jaffar Dollah telah dijemput Allah. Encik Jaffar ni senior saya semasa berkhidmat di UKM. Allahu...hati rasa tersentuh. Hari ini masanya telah tiba untuk arwah berpisah dengan dunia...pergi buat selama-lamanya. Saya mengintai ke FB arwah...arwah ada add saya di FB pada tahun 2016. Lima tahun yang lalu. Daripada paparan di FB,  arwah memang tidak aktif di FB. Saya melihat tarikh lahir arwah yang dipaparkan di FB...arwah dijemput Allah dalam usia 72 tahun. Fikiran menerawang jauh lebih 20 tahun yang lalu. Saat mula2 mengenali arwah. Beliau masa tu Penolong Pendaftar di Fakulti Sains Matematik. Tahun 1997 tahun saya baru memulakan kerja di UKM dan ditempatkan di Fakulti Sains Hayat. Saya dengan arwah ni kiranya kami dalam satu team yang sama bergerak kerja untuk penstrukturan semula (penggabungan empat Fakulti sains menjadi Fakulti Sains dan Teknologi). Empat Fakulti ini ad...