22 November 2020 (Ahad) Burung merpati terbang tinggi Terbang bersama si burung merbah Ulang tahun kelahiran kembali lagi Semoga iman dan takwa makin bertambah Padi sawah padi huma Tumbuh menguning milik Pak Dian Ucapan hari lahir banyak diterima Memberi semangat & rasa kebahagiaan Tanam betik di pinggir laman buahnya lebat enak dimakan semoga rezeki sentiasa dimurahkan Umur pula diberkati Tuhan Alhamdulillah...rasa syukur pada Allah dipanjatkan kerana masih diberikan Allah hayat dalam kehidupan ini untuk ke tahun berikutnya. Hari ini nombor usia berubah meningkat ke satu angka lagi. Hari ulang tahun kelahiran pada tahun 2020 ini jatuh pada hari Ahad... Secara peribadi, pada saya nombor yang berganjak ini sebenarnya mempunyai maksud dan definisinya. Berganjaknya satu nombor ini memberi maksud bahawa satu lagi anak tangga yang menghampiri ke "pintunya" didaki, anak tangga yang semakin menghampiri untuk ke sana. Allahuakbar. Usai solat subuh awal pagi tadi, lembaran permul...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"